Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Datuk Dr Abdul Shariff Hamid hari ini dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana bersubahat menggunakan dokumen palsu berjumlah lebih RM300,000 dua tahun lepas.
Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu selepas Abdul Shariff menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap lapan pertuduhan pilihan bersubahat itu.
Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM50,000 hari ini dan selebihnya dibayar secara tiga kali ansuran sehingga 1 Disember ini dan jika gagal membayar denda itu, dia boleh dipenjara enam bulan.
Abdul Shariff membayar denda RM50,000 itu.
Hari ini sepatutnya mahkamah menyambung perbicaraan kes itu. Bagaimanapun selepas empat hari perbicaraan dan 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan kepada Abdul Shariff.
Abdul Shariff, 53, yang juga setiausaha Kelab Umno Luar Negara didakwa telah bersubahat dengan pengurus bahagian pengurusan program YPM Zainal Rashid Zakaria, 44, dengan mengarahkannya menggunakan sebagai tulen borang pengesahan pembayaran bagi pelaksanaan lapan program yang keseluruhannya bernilai RM324,150 yang mana ia merupakan dokumen palsu.
Program terbabit termasuk Program Bina Diri Anak-anak Yatim Darussalam Bersama Remaja dan Program Kecerdasan Emosi dan Pemikiran Ibnu Sina yang diadakan di beberapa negeri termasuk Perak, Kedah dan Johor.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di pejabat Bahagian Kewangan YPM, Aras 9, Medan MARA, Jalan Raja Laut pada 2.45 petang, 12 Mei 2011.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala tertuduh diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid.
- Bernama
Rembat RM324,150,denda RM300,000? Untung lg RM24,500.Bayar ansuran pulak tu. Hukuman apa ni?Buat modal pembangkang ajer nanti
BalasPadamDenda sehari je???????????????? Ini pasti ada konspirasi dengan pendakwaan dan juga pegawai2 tinggi mahkamah....Malaysia Bolih
BalasPadam