VIDEO : INI PUN GENGSTER JUGAK, SAPER KENAL?






Nampaknya kempen pemanduan berhemah serta kempen keselamatan jalan raya yang memenuhi ruangan akhbar dan kaca televisyen tidak mendatangkan faedah sekiranya masih ada golongan pemandu yang bersikap seperti dalam video yang kami kongsikan ini.

Mana tidaknya, sebuah video menunjukkan seorang pemandu kereta yang sikap angkuh dan tidak berhemah di jalan raya mula tersebar di laman-laman sosial.

Sepatutnya setiap kenderaan yang ingin menukar laluan, hendaklah memberi isyarat terlebih dahulu.

Setelah selamat, barulah menukar laluan.

Lain pula kaedah yang ditunjukkan oleh pemandu dalam video ini.

Rakaman dibuat menerusi kamera ‘dashboard’ menunjukkan sebuah kereta yang menukar laluan secara tergesa-gesa tanpa memberi isyarat.

Pemandu tersebut bertindak berani dengan menghentikan kenderaan di tengah-tengah laluan yang sesak serta bertindak seperti samseng.

Pemandu itu keluar daripada keretanya dan mengetuk bonet hadapan kenderaan si perakam dan memberi amaran.

Malah, bertindak berani, dia juga menunjukkan kayu pemukul besbol yang terdapat dalam keretanya.

Jelas, ia seolah-olah amaran keras supaya jangan bertindak ‘kasar’ terhadapnya.

Setelah masuk ke dalam kereta, dia kemudian memandu kenderaannya secara merbahaya dengan memandu secara laju dan terhuyung-hayang seperti orang mabuk.

Adakah perlunya sikap sebegitu dalam kalangan pemandu di Malaysia?

Mungkin pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemandu ini.

Kepada mereka di luar sana, awas dengan kenderaan ini yang bernombor pendaftaran, JLV 5384 jenis Proton model Persona.

Juga kepada mereka yang pernah mengalami nasib yang sama atau saksi kepada kejadian-kejadian sebegini, dapatkan nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat, masa dan tempat kejadian, dan segera laporkan perkara tersebut di mana-mana balai polis berhampiran.




Jangan biarkan pemandu spesis samseng jalanan atau dipanggil ‘roadbully’ ini terus menguasai jalan-jalan di Malaysia. (sumber

1 ulasan:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....