SEDIH : Kanak-Kanak Mangsa Dera Meninggal Dunia

IPOH: Kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang dipercayai didera oleh ibunya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Paediatrik Hospital Permaisuri Bainun di sini hari ini.




Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kematian itu.

"Kita sedang menunggu maklumat daripada pihak hospital berhubung kematian kanak-kanak itu," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Pada 15 Ogos lepas kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital oleh bapanya dalam keadaan cedera pada bahagian kepala dan seluruh badannya akibat dirotan.

Choong Mee Chin, 30, ibu kepada kanak-kanak tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan itu dan tidak mengaku bersalah pada 20 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak itu di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu pada pukul 9 pagi, 12 Ogos.



3 ulasan:

  1. x faham ibu jenis ape yg sggp dera anak... sedihnye tgk

    BalasPadam
  2. tiada nilai kasih syg sdh dlm diri sebagai seorg ibu...takziah!!

    BalasPadam
  3. Cina makan babi mana ada perasaan

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....