MESTI BACA!!! PLUS HIGHWAY - Ferrari, EVO10, Kelisa Dan Polis Trafik!!



Suatu hari di Lebuhraya Utara Selatan.

Sebuah Perodua Kelisa tersadai di sebelah lane kecemasan. Seorang lelaki tua mundar mandir cuba menahan kereta meminta bantuan. Tak ada sebuah kereta pun berhenti.


Tiba tiba sebuah EVO10 berhenti di hadapan Kelisa tadi.

“Ada apa pakcik, kereta rosak ke?” tanya pemuda berusia awal 20an.

“Ha’ah rosak” jawap pakcik tu ringkas.

“Okay, camni pakcik, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol” pemuda yang baik hati itu memberi idea.

“Woraiitt gak tu. Tapi, nanti kalau pakcik rasa kamu bawa laju, pakcik akan hon dan bagi high beam.”

“Ok pakcik” pemuda bersetuju dengan cadangan orang tua itu.

Selesai kerja mengikat, pemuda itu pun memandu keretanya dengan berhati-hati. Selepas beberapa kilometre, pakcik tadi membunyikan hon dan bagi high beam…pemuda itu memperlahankan kenderaannya.

Tak semena-mena lalu sebuah Ferrari, lalu memperlahankan kenderaan dan tekan minyak berulang kali seperti mengajak pemilik EVO10 untuk berlumba.

Jiwa anak muda pantang dicabar. Apa lagi, dia pun tekan minyak rapat ke lantai dengan usaha mengerjar Ferrari tersebut. Oleh kerana sudah naik angin, hon dan high beam dari kereta Kelisa di belakang sudah tak tak dipedulikannya. 

Kebetulan masa itu ada speed trap di bawah jambatan.

“Dah melampau ni…” polis yang memegang alat perangkap had laju lantas menghubungi rakan-rakan yang membuat sekatan di hadapan.

“Ada tiga buah kereta sedang berlumba dengan kelajuan melebihi 200 KMJ.”

“Roger, bagi nombor pendaftaran” kawannya meminta butiran.

“Sebuah FERRARI merah WXX.., Sebuah EVO10 biru BXX dan sebuah lagi kalau saya cakap kau orang mesti tak percaya…sebuah KELISA silver tengah cucuk angin, dia bagi hon dan high beam nak cuba potong EVO10…”

2 ulasan:

  1. Heheihe3333333xxxxxx x pecah perut aq.

    BalasPadam
  2. hahaha lawak perut dah.......poyol hehe

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....