MENGELIRUKAN : Hidangan Daging "LAILATUL QADAR?"





Menu dikhuatiri mengelirukan tetamu yang datang berbuka puasa di sebuah hotel di Kuantan.


Musykil!! Terdapat menu kari daging Lailatul Qadar dalam senarai menu berbuka puasa di sebuah hotel yang mempunyai sijil Halal sah daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, nama menu itu tidak haram diletakkan kepada makanan tetapi tidak sesuai kerana boleh mengelirukan tetamu yang datang berbuka puasa.

Katanya, nama berkenaan tidak menjadi masalah namun pihak pengurusan hotel terbabit perlu menjaga sensitiviti orang ramai kerana mungkin akan mewujudkan kekeliruan.

“Jadi elok tukar kepada nama lain yang lebih sesuai. Bimbang mengelirukan orang ramai. Ada pula yang fikir kalau makan daging itu dapat malam Lailatul Qadar, memang bercanggah dengan hukum syarak,” katanya.

Sementara itu Ketua Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan bin Abdul Manan mengesahkan hotel berkenaan mempunyai Sijil Halal yang diiktiraf Jaip tetapi menu berkenaan belum disenaraikan ketika pemeriksaan Jaip.

“Pengurusan hotel sebenarnya masih boleh menggunakan nama lain yang lebih baik jika bertujuan menarik pelanggan,” katanya.

2 ulasan:

  1. Aku rasa tak ada masalah kot. Parti politik yang bernama Islam pun ada. Siapa2 pun boleh guna nama Allah untuk tuhan dema. Cina jual Al-Quran eletronik pun ada. So apesal nak sekat2 perkara yang remeh temeh macam ni. Jual habis apa yang ada tentang Islam, biar jadi hak manusia sejagat, biar jadi produk politik yang paling power, atau produk komersil yang paling berharga. Tentu kita boleh tumpang bangga, kan?

    Setakat tumpang jer laahhh...

    BalasPadam
  2. Kalau upgrade ckit nm dging 2 letak dging kari kiamat ok x...ape daaaa ltk la bnda laen...ape dging 2 dpt mlm 2 ek..huhh

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....