LIABILITI : Nazri Aziz Beban Buat UMNO, BN Dan Kementerian!!!



Inilah komen Nazri tentang anaknya yang dilantik sebagai Pegawai Khas. Komen yang bongkak, angkuh dan sombong dari seorang pemimpin yang pernah merayu sokongan rakyat.

"And of course he doesn't have to be paid, he has a lot of money, his father is rich"

"I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me."" I don't please anybody but myself."



Tidak sampai dua hari, PM Najib terpaksa menukar pendiriannya berhubung tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz yang melantik anaknya sebagai pegawai khasnya di kementerian itu.

Jika semalam Najib menyatakan tidak menjadi salahnya Nazri berbuat demikian asalkan tidak melibatkan pembayaran gaji oleh kerajaan tetapi hari ini beliau mengubah kenyataannya itu dengan mengatakan ahli keluarga menteri hanya boleh diletakkan sebagai pembantu di kawasan Parlimen masing-masing dan bukannya di kementerian.

"Inilah prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh diletakkan di pejabat menteri," katanya.

Tindakan Nazri melantik anaknya sebagai pegawai khas telah mengundang keresahan orangramai, bukan saja kerana anaknya, Nedim itu terlibat dengan kontroversi sebelum ini, bahkan cara Nazri mempertahankan anaknya memperlihatkan keangkuhannya yang melampau.

Selain mengatakan anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan, sebaliknya melalui duit poketnya sendiri, Nazri dengan nada sombongnya juga berkata, "ini kementerian saya, saya boleh boleh lantik sesiapa saja."

Dalam hal ini Nazri barangkali terlupa bahawa kementerian bukanlah milik individu. Kementerian bukan seperti syarikat sendirian berhad. Kementerian adalah milik kerajaan dan menteri duduk di situ hanyalah atas ehsan Perdana Menteri melantiknya setelah beliau dipilih sebagai wakil rakyat.

Hanya setelah menjadi wakil rakyat atau dewan negara, barulah seseorang itu boleh dilantik sebagai menteri. Ini menjadikan seseorang menteri sebenarnya sentiasa terikat kepada sokongan dan undi rakyat.

Selagi rakyat menyokongnya, dapatlah jadi menteri tetapi setelah tidak lagi mendapat sokongan rakyat, kedudukan menteri terpaksa dilepaskan dan kementerian juga kena ditinggalkan.

Jadi, janganlah sombong dan bongkak sangat kerana dapat jadi menteri seolah-olah boleh melakukan apa saja.

Ingatlah bahawa menjadi menteri adalah atas pertanggungjawaban bersama sebagai sebuah kerajaan setelah diberi mandat oleh rakyat. Jika menteri bersikap sombong dan angkuh, parti dan kerajaan yang akan menerima kesan penolakan daripada rakyat.

Oleh sebab itu, menjadi seorang pemimpin dan menteri haruslah menjauhi sikap sombong dan angkuh bagi memastikan sokongan rakyat berterusan.

Pemimpin yang bersikap sombong, angkuh dan enggan menerima teguran adalah beban kepada parti dan kerajan.

Tindakan Najib yang terpaksa mengubah pendirian dan menjadi flip-flop berhubung keputusan Nazri melantik anaknya itu, walaupun mengundang persepsi yang berbagai mengenai kefahaman Perdana Menteri sendiri berhubung perlantikan ahli keluarga oleh seseorang menteri, tetapi secara nyata menunjukkan bahawa apa yang dilakukan Nazri itu adalah salah.

Cumanya, mungkin atas sebab-sebab tertentu dan hubungan peribadi yang agak lama, Najib segan memberitahu secara terus-terang agar Nazri mengeluarkan anaknya daripada kementerian itu.

Dengan meletakkan anaknya duduk di kementerian, walaupun gajinya dibayar oleh bapanya sendiri tetapi sudah tentu pelbagai kemudahan kerajaan akan turut digunakannya.

Lagi pula meletakkan anak dan ahli keluarga sendiri di di kementerian di mana bapanya menjadi menteri, turut juga mengundang persepsi yang tidak baik kepada rakyat dan kakitangan kementerian itu sendiri.

Rakyat akan melihat menteri mengamalkan nepotisme manakala kakitangan kementerian pula menjadi serba-salah dalam menjalankan tugasnya terutama jika ada permintaan yang melibatkan pemberian kontrak dan peluang perniagaan.

Dalam isu Nazri ini, beliau sebenarnya lebih banyak dikecam oleh pihak dalam Umno sendiri berhubung tindakannya itu.

Pelbagai peringkat dalam Umno secara terbuka meluahkan rasa kurang senang dengan perkara itu.

Blogger dan pengendali laman sosial pro Umno juga tidak henti-henti mengkritik beliau sambil mengaitkan dengan beberapa kenyataannya yang berbaur angkuh dan sombong setiap kali isu mengenai anaknya itu menjadi kontroversi.

Sebelum ini isu mengenai anaknya yang dikaitkan dengan tauke balak, Michael Cina, Nazri juga bingkas mempertahankan anaknya itu dengan nada yang juga sombong dan angkuh. Kali ini, timbul lagi isu anaknya, sombong dan angkuhnya tetap sama juga.

Nazri dilihat seperti tidak memahami kedudukannya sebagai pemimpin dan menteri yang seharusnya sentiasa bersikap rendah diri, mesra rakyat dan menjauhi sama-sekali sifat sombomg dan angkuh, lebih-lebih lagi kemenangan BN dalam pilihanraya umum lalu tidaklah sebesar mana.

Najib sendiri berulangkali mengingatkan pemimpin Umno dan kerajaan supaya sentiasa mengamalkan sikap-sikap terpuji dan menjauhi amalan yang tidak disukai oleh rakyat, berikutan kesedarannya bahawa kedudukan BN dalam pilihanraya ke 14 nanti jauh lebih getir jika pemimpinnya tidak berubah sikap.

Namun Nazri nampaknya, baik sebelum pilihanraya, apatah lagi selepas pilihanraya ini apabila dipindahkan ke kementerian yang penuh warna-warni, sikapnya semakin jauh daripada amalan pemimpin yang diharapkan oleh rakyat.

Tidak hairanlah bukan saja parti lawan yang mengkritiknya, bahkan kritikan daripada dalam Umno sendiri ternampak semakin melebar.

Dengan kenyataan Najib hari ini bahawa anggota keluarga tidak boleh berada di pejabat menteri, mesej Najib adalah jelas agar Nazri segera mengeluarkan anaknya daripada kementerian itu.

Jika ingin dikekalkan juga jawatan pegawai khasnya, letakkanlah di kawasan Parlimennya di Padang Rengas dan bukan lagi di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Najib barangkali sudah menerima maklumbalas yang negatif daripada Umno sendiri mengenai tindakan Nazri itu sehingga kenyataannya berubah berbanding semalam.

Jika semalam, beliau macam bersetuju dengan tindakan Nazri itu, kenyataannya hari ini tentunya lebih mudah difahami oleh Nazri. Yang pastinya, tiada alasan lagi untuk Nazri terus berdalih mempertahankan anaknya itu. 

P/S : Woi Menteri!!! Ko Jadi Menteri Pun Sebab Rakyat Pilih Ko Masa PRU Beb!! So, Jangan Ingat Ko Boleh Buat Ikut Suka Jer..... Jangan Lupa Suara Rakyat Beb. Walaupun Tidak Berwang Dan Tidak Bersenjata, Jangan Sesekali Memandang Rendah Dan Hina Rakyat. 

4 ulasan:

  1. Memang tak sesuai sangat Menteri Mulut Cenonot ni jadi raja di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Tambah menjijikan bila anak dia ada sama di situ.

    Dema ni bukan saja liabiliti buat UMNO, BN dan Kementerian tetapi juga buat negara Malaysia, bangsa Melayu dan agama Islam.

    BalasPadam
  2. Action and words both damaging.
    Arrogant.

    BalasPadam
  3. Lucut saja dari jawatan menteri dah lama sangat tu la jadi bongkak!lebih baik suruh dia buat filem dengan cina kesayangan dia namawee tuu,ni pun belum tentu laku....org macam ni la yg rosak kan nama umno dan bangsa Melayu!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. apsal la org tempat dia bleh pilih lg dia? kalau la dia ni kat tempat aku, mmg aku ajak semua org boikot jgn sokong dia. dah naik mcm ni la perangai... please laa najib, gugurkan dia dr jawatan menteri.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....