KURANG HAJAR!! Kartun Hina PDRM!!





Hari ini ‘viral’ di laman sosial Facebook dan Twitter berkenaan sekeping gambar lukisan yang seolah-olah memerli kreadibiliti Polis DiRaja Malaysia.

Gambar tersebut menunjukkan bagaimana sepasukan polis yang menaiki trak mengacukan pistol ke arah seorang lelaki bersama tiga ekor anjing.

Manakala di sebelah polis menunjukkan beberapa orang penjenayah yang memakai topi keledar mengacukan pistol ke arah orang awam.

Bukan itu sahaja, gambar itu turut menunjukkan yang penjenayah itu seperti bebas membunuh orang awam.

Asal usul gambar tersebut masih belum dipastikan.

Apa yang dipersoalkan adalah kewajaran gambar tersebut.




Jika kita lihat kebelakangan ini, seringkali berlaku kes pembunuhan orang awam menggunakan senjata api.

Terbaru, seorang peniaga cedera terkena tembakan ketika kereta yang dipandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat lebih kurang jam 8.45 pagi di Pandan Indah.

Sebelum ini turut berlaku beberapa kes tembakan yang meragut nyawa guru sekolah, pengasas sebuah bank terkemuka dan pemerhati antijenayah dan beberapa lagi kes.

Seolah-olah Malaysia ini merupakan sebuah negara yang bebas untuk membeli dan menggunakan senjata tersebut.

Mungkin pelukis gambar tersebut merasakan sudah tiba masanya untuk PDRM menyedari hakikat yang sebenarnya.

Justeru, pihak PDRM boleh melihat gambar tersebut dari kaca mata berbeza serta mengikut logik.

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Nilaikan sendiri.


HARITS ASYRAF@mynewshub

12 ulasan:

  1. IT'S A FKING SATIRE. GET A DAMN CLUE LA PANDAI

    BalasPadam
  2. Nk menuding jari mncari ksalahan org ni mmg senang..penembak ni bkn nya tembak mangsa depan2 polis..pnjenayah pon bkn nk bodoh,mereka pon ada prancangan yg rapi sblm buat keje .. jgn ingt polis berdiam diri ja bila ada kes2 tembak mcm ni..polis pon mnusia mcm kita juga,xleh duga apa yg akan terjadi ke dpan hari.klau blh thu sapa yg akan kna tembak xpe la juga..knpa kita yg thu maklumat2 penting xnak salur kn pda polis?lagi 1,kita kna tahu juga mangsa yg kna tembak tu terlibat dgn apa2 kes smpi ada yg upah pnembak utk tembak dia..org akan seludup snjata dri negara jiran dgn plbagai cara,dan yg pasti nya mereka ni akan perhatikan gerak geri polis sblm buat keja..Allah ja yg Maha mengetahui .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg terlibat/ape2 kes pd mangsa yg di bunuh itu TIDAK ada kene mengena dlm masyarakat .,Adakah manusia BOLEH setiap masa memberi hukuman mati pd seorang manusia .?Setahu saya ,Hanya Undang-Undang Kehakiman saja BOLEH berbuat deminkian ...Betul tak .?Kenape suka-suka manusia nak hukum mati manusia pun boleh .?Siape mereka ini .?Mereka bukan PDRM ,Mana boleh mereka mcm bangga je memiliki senjata itu .Kalau masih berterusan ,Nanti setiap masyrakat akan memiliki senjata itu MOTIF untuk mempertahankan nyawa diri ,Lepas ni ,Huru Hara la jadi pd NEGARA TERSAYANG KITA .Ada logik .?

      Padam
  3. sepatutnya kerajaan gunakan isu ini sebaik-baiknya,takkan taktau mcam mana nak ambil kesempatan. masa ni la nak ketatkan balik undang-undang negara, jangan asyik nak menjilat cina jer, yb-yb jangan tido jer dalam parlimen. kasi hantam pembangkang yang asyik nak mansuh undang-undang pencegahan,. kalau tak penat jer la ngundi dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan masukkan perkauman dalam komen anda kita negara berbilang bangsa,bkn soal nk menjilat tp prinsip prinsip rukun negara kena amalkan.jgn sebut nama kaum di dalam komen anda.

      Padam
    2. Kalau melayu bercakap pasal hak,anda takut di katakan racist?hahaha,kebanyakan yg kena tembak kenapa india yg monopoli. Adakah gagster india berleluasa?

      Padam
  4. Polis kena bekal kan senjata setiap seorang seperti detektif baru betul.....

    BalasPadam
  5. Apa masaalahnya dengan senjata bukan boleh tembak sembarangan pn.Polis pn kena ikut undang undang...masyarakat yg baik ikut undang undang jangan nk salahkan Polis.Hormat menghormati sesama manusia.jenayah lahir daripada tekanan hidup yg mereka hadapi, jangan nk salahkan parti A parti B..sama sama bertanggung jawab nk memakmurkan Negara.

    BalasPadam
  6. Masyarakat hendaklah di didik kejalan yg benar...jangan hanya menyalahkan mereka yg nampak jahat dan jahat melakukan kejahatan...didiklah mereka, bantulah mereka dengan banyak cara yg boleh difikirkan bersama kita nk kayakan diri dgn harta dunia pn nk buat apa sedangkan umur kita semakin pendek biarlah semua orang mendapat kejayaan yg baik menuju kepada keredaan Allah swt.

    BalasPadam
  7. sedang kan pantai boleh berubah

    BalasPadam
  8. takut nak bg komen.. jap g tak pasal2 kita yg kena... lebih baik tgk baca dan diam...

    BalasPadam
  9. ISA dan Ordinan Darurat dimansuhkan adalah kesilapan yg besar, Kerajaan terpedaya dgn helah pembangkang yang dilihat cuba melemahkan kerajaan dgn mendesak membubarkan akta pencegahan. apabila banyak berlaku jenayah polis dipersalahkan dan apabila agensi terpenting kerajaan menjadi lemah kerajaan dapat ditumbangkan.... politik telah diputar belitkan tanpa mengira kepentingan keselamatan negara. Betul kata kawan di atas...yb yb jngan tido dalam perlimen... lawan... pertahankan hak majoriti yg mahukan keamanan. Fikir-fikirkan...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....