KESAN!! Mayat Mangsa Culik Pengganas Sulu Akan Dicari!!





PETALING JAYA: Polis Filipina akan mencari mayat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penculik yang dipercayai telah meninggal dunia kerana sakit ketika dalam tahanan oleh kumpulan bersenjata, Abu Sayyaf di Jolo.

Daripada maklumat yang diberikan, penolong pengurus ladang, Chong Wei Jie,26, berjaya melarikan diri pada Selasa selepas sembilan bulan menjadi tahanan kumpulan penculik.

Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia oleh polis sulu bahawa Chong Wei Fei,33, mungkin mati di dalam hutan.

“Kami berharap untuk mengesan di mana mayatnya,” kata wakil polis Sulu.

Beliau memberitahu The Star Online bahawa mereka sedang menunggu kelulusan daripada Manila untuk memasuki kawasan di mana Wei Fei meninggal dunia.

Wakil berkenaan memberitahu, operasi ketenteraan juga akan dilancarkan tidak lama lagi untuk memburu kumpulan bersenjata dan menculik kedua-dua sepupu berkenaan di ladang kelapa sawit berhampiran dengan Kg Manakayan di Lahad Datu pada 13 November tahun lalu.

Kedua-dua mereka kemudiannya di bawa menaiki bot menuju ke hutan di Pulau Jolo yang merupakan kubu kuat kumpulan militan Abu Sayyaf dan dikatakan mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda dan mereka berbuat demikian untuk mendapatkan wang tebusan daripada keluarga mangsa.

Wei Jei, dipercayai berjaya melarikan diri ketika kumpulan bersenjata tersebut sedang bersembahyang, ditemui oleh polis ketika dia sedang berjalan di dalam hutan berhampiran dengan kampung Pasil pada pukul 7 petang Selasa.

Wei Jei telah membuat laporan kepada polis Filipina bahawa dia berjaya melarikan diri pada Sabtu dan sepupunnya meninggal dunia ketika dalam tahanan April lalu.

Bagaiamanapun dia tidak memberitahu secara spesifik punca penyakit yang dialami oleh sepupunya yang menyebabkan dia meninggal dunia atau di mana mayatnya.

Menurut polis Filipina, Wei Jie telah diterbangkan dari Zamboanga City ke Manila pada Rabu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan membantu siasatan.

“Dia akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Namun sekiranya dia memerlukan rehat dan rawatan, dia hanya akan dihantar pulang jika dia benar-benar sihat,” kata pegawai polis berkenaan, yang memaklumkan Wei Jie menghabiskan masa dengan duduk di atas kerusi roda.

- mStar

1 ulasan:

  1. belajar balik bahasa melayu tu, dah la tunggang tbalik mcm haram je..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....