KELIRU : Antara Dr Maza Dan Noh Gadut Isu Surau Diguna Upacara Agama Lain



Antara dua, yang mana sebenarnya yang betul? Yang mana perlu diikuti oleh orang ramai khususnya orang Islam di Malaysia ini. Dua-dua tokoh agama. Hadoiii.. Jangan kasi orang Islam peningggg. 


Dr Asri Zainul Abidin menulis di Facebook beliau berkenaan kenyataan Noh Gadut sebelum ini yang surau di Tanjung Sutera Resort di Johor mungkin dirobohkan kerana penganut Budhha menjalankan aktiviti keagamaan mereka di surau berkenaan.

..dalam sejarah Islam sejak zaman sahabat Nabi s.a.w banyak gereja yang ditukar menjadi masjid..di Eropah terdapat gereja-gereja yang dijual kepada umat Islam lalu dijadikan masjid..di Malaysia, hanya kerana satu upacara ibadah agama lain, surau nak dirobohkan kononnya dah tidak boleh digunakan..mentaliti cara faham agama kita perlu dikemaskinikan..

Sebelum ini Noh Gadut yang juga Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor pernah berkata,

“Tujuan Pekeliling ialah supaya semua pengusaha dan pemilik pusat peranginan di negeri ini mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam penyediaan dan pembinaan rumah ibadat sekaligus menentukan arah kiblat supaya tidak wujud lagi masalah kiblat terpesong dan sebagainya.”

Sinar Harian juga sebelum ini melaporkan, atas keprihatinan Sultan Johor, Noh Gadut mengandaikan kemungkinan besar surau di pusat peranginan di Sedili Besar, Kota Tinggi yang mencetuskan kontroversi kerana membenarkan penganut agama lain beribadat dalam surau itu akan dirobohkan.

- SUMBER

BB : Jangan kelirukan umat Islam, bermusyawarahlah sebelum sesuatu diwar-warkan demi kemuslehahan umat Islam di Malaysia.

4 ulasan:

  1. sorang nak tunjuk liberql dan modennya pemikiran dia dan jugak dialah paling bijak dlm glgn ulamak2.maza kena ingat zaman dah berubah dan cabaran utk umat islam kini berbeza.kdg2 maza ni mmg mengjengkilkan..

    BalasPadam
  2. Ust ramai ust, yg perasan ulama' pun ramai, masing masing ada pendapat sendiri, seringkali juga berbeza beza. Dlm perkara yg jelas dgn hujah dr Al Quran atau Hadis sahih, mk sama sekali tak boleh ditolak dan sewajibnya diterima. Dlm perkara yg tiada nas jelas mk ikutilah Ulil Amri, yg diwakilkan samaada kpd Majlis Fatwa, Mufti, JAKIM atau Jabatan Agama. Pndgn lain, anggaplah sekadar utk pengetahuan bahawa ada pendapat yg berlainan tp tak seharusnya jadi ikutan.

    BalasPadam
  3. takda apa yg nak dikelirukan...sebenarnya kenyataan Dr. Maza yg mengelirukan

    1) Fakta yg Dr. Maza beri hanya menyatakan pusat ibadah Kristian diTUKAR/diJUAL kpd umat Islam utk dijadikan MASJID....ttp kes di sedili adalah berbeza krn surau dijadikan pusat ibadah penganut Buddha....kan JELAS KONTRA situasinya?

    2) Surau yg SALAH KIBLAT & tidak menepati ciri2 rumah Allah yg sebenarnya mmg perlu diROBOHkan...kita bukan Syiah yg punya pelbagai arah kiblat...kalau tak diroboh brapa ramai umat Islam yg terpesong KIBLATNYA?

    sbnrnya tindakan penasihat agama Johor adalah BETUL & Dr. Mazalah yg sebenarnya cuba mengelirukan dgn fakta yg diberi.....sila berhati2 dgn Dr. Maza ni...teliti stp kenyataan dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong otak geliga, maza bg statement out of context..

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....