HABIS LAA : Utusan Bakal Disaman Lagi Oleh DAP!!





DAP memberi masa 48 jam kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia untuk membuktikan segala pertuduhan yang dilemparkan dalam dua artikel berkaitan dengan Father Augustus Chan atau bakal berhadapan tindakan mahkamah.

Ketua Biro Guaman Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata akhbar berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab (LOD) yang dihantar parti itu kerana dikatakan membuat fitnah dengan menulis semula kenyataan dalam risalah Laporan Ekuiti daripada penulis rekaan Father Augustus Chen.

"Pengarang Zulkifli Jalil dan Kasthuri Jeevendran serta akhbar Utusan Malaysia harus menjawab segala pertuduhan ini asas segala pertuduhan tidak berasas.

"Dakwaan yang mendakwa Lim Kit Siang memanipulasi pemilihan parti Disember lalu adalah tidak berasas dan penulis menulis semula risalah berkenaan tanpa memastikan kebenarannya," kata Gobind dalam satu sidang media hari ini di Ibu Pejabat DAP. 

~the malaysian insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....