CEMAS!! Kanak-Kanak "Kepanasan" Ditinggal Dalam MPV

Ipoh: Seorang kanak-kanak lelaki menangis sekuatnya dan memanggil ibunya agar dikeluarkan dari kereta MPV milik ibunya yang diletak dihadapan Hospital Fatimah, Ipoh, Perak.



Cubaan Anggota Bomba Memujuk Kanak-kanak Itu Membuka Kunci Dari Dalam


Ketua MCA Ipoh Datuk Seri Micheal Chong berkata dia sendiri menyaksikan pengalaman malang budak lelaki tersebut yang terperangkap pada hari sabtu lalu. Dia amat berharap agar perkara seperti ini tidak berulang lagi. 




Dari dalam kenderaan tersebut dapat dilihat yang dia telah berpeluh dengan banyak manakala enjin telah dimatikan, kemungkinan kanak-kanak tersebut telah terperangkap selama setengah jam. 

Dia menambah sekiranya tidak ada sesiapa yang perasan kanak-kanak malang tersebut kemungkian dia akan mati kelemasan dalam kenderaan sepertimana tragedi yang berlaku terdahulu. 

Ketua Bomba, Samsuddin Buki, tidak dapat memecahkan cermin kerana takut mencederakan kanak-kanak itu. kemudian dia dengan perlahan menasihatkan agar kanak2 itu membuka kunci pintu akhirnya beberapa minit setelah dipujuk kanak-kanak itu dapat membuka pintu kereta. 

Kanak-kanak itu kelihatan amat cemas setelah dapat diselamatkan. Manakala ibu kanak-kanak kemudian telah disoal siasat dan diberi nasihat oleh pihak keselamatan.

1 ulasan:

  1. Happened before, died of heat stroke, terrible way to die, trapped in hot confined space, act of negligence. Parent, please use the organ inside our skull.
    Deep tinted glass obstruct view from outside, preventing people to know whatever danger happening inside also not advisable.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....