KUCHING - Pihak bomba dan penyelamat berjaya memujuk seorang penganggur yang dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Santubong dekat sini malam tadi.
Pegawai Bomba Kanan 1 dari Balai Polis dan Penyelamat Petra Jaya, Karim
Mohamad berkata, pihak bomba mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk memujuk lelaki berkenaan sebelum dia akhirnya mengambil keputusan berenang semula ke tebing sungai.
Lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai di bawah pengaruh dadah dan dia turut dipercayai baharu sahaja bertengkar dengan bapanya.
"Pihak bomba menerima panggilan kira-kira 10.25 malam daripada salah seorang pemancing di jambatan itu. Sebaik tiba pihak bomba mendapati lelaki itu sudah lima minit terjun ke dalam sungai sedalam kira-kira 30 meter itu," katanya ketika dihubungi.
Karim berkata, pihak bomba terus memujuknya agar tidak bertindak demikian di samping memberi nasihat kepadanya.
Lelaki itu mengalami luka di kaki dan tangan ketika cuba naik semula ke atas tebing jambatan.
Dia juga bernasib baik kerana tidak dibaham buaya di sungai yang merupakan habitat reptilia berkenaan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....