Keluhan blogger PAS bekas askar Navy...
Buat semua ahli PAS... apa sudah jadi ni.. dah macam umno juga..
Adoi,,, aku duk perati lama dah,,, adui,,,, entah sakit yang tak tahu kat mana,,, tak sebut rasa duk terbuku dalam hati dan perasaan,, bila sebut atau tulis dah terlepas macam-macam...
Tapi Alhamdulillah, bukan aku sorang saja yang berasa hati, ada juga hamba Allah yang lain... Pakat-pakat perati ler dan cuba fikir dengan seikhlas-ikhlasnya...
Teringat balik nostalgia dizaman tahun 85 yang lalu,,, masih duduk didalam base TLDM,, ahli kami tak ramai,, 15 orang pun tak sampai,, Sifu aku sekarang duk masuk ke dalam base dengan motor buruk pimpin kami dalam usrah, dia jadi Naqib,,, dari usrah inilah lahirnya seorang penceramah yang kini ada di Sungai Petani,, Ustaz Halim Nasir....
Ukhwah sesama ahli waktu tu terbaik,,, apa taknya tak ramai,, sekarang kami semua berpecah entak ke mana, ada yang berenti jadi Pas selepas kena tukar ke Sabah,,, ada yang pun dah meninggal,,, ada yang dah balik kampong... ada yang terus slow sama dengan pencen....
Waktu itu bila muktamar,, jarang dengar perebutan seperti sekarang ni,,,,mungkin internet pun tak ada lagi....hanya sekadar komputer yang menggunakan disket 5"...
Sekarang Pas dah hebat,, dah pun boleh memerintah,,, jadi tak hairanlah Pas pun dah rupa Umno juga,, sebab ramai yang dalam Pas sekarang ni rasanya tak biasa pi usrah,, sekadar isi borang,,, lepas tu lebih banyak lepak duk kedai kopi sembang samping buka andoid update face book..
Sekarang, ada hamba Allah seorang ahli yang profesional, tawar diri nak jadi Ketua Pemuda,,, baguihlah,, ia cuba nak bawa pembaharuan kepada pemuda,,, baru aja tawar diri,, dah kena serang macam-macam dah....
Macam ni ka Pas,,,, adui,,,, dulu aku duk umno,, sekarang dah mai kat Pas,,, nak redho ka perkara macam ni...
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....