Insiden yang memalukan temasya sukan tanah air ini mendapat liputan yang meluas. Apatah lagi ia mungkin kejadian pertama dalam sejarah penganjuran SUKMA yang bermula pada tahun 1986. Mari kita tengok apa "respon" KJ selaku menteri yang bertanggungjawab :
Saya memandang serius tentang tuduhan kejadiaan rogol yang berlaku di perkampungan sukan Kolej Kedua UPM semasa temasya Sukan Malaysia ini berlansung. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, sudah tentu saya merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian ini telah mencacatkan temasya ini yang telah berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar.
Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu. Jawatankuasa Pengelola memangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan peserta. Kerjasama daripada pihak PDRM digunakan untuk menjaga aspek ini manakala Unit Keselamatan UPM juga turut digunakan.
Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendiri dan mereka amat ketat dalam mengawal penempatan terutama dalam memisahkan blok asrama lelaki dan wanita. Pengawal dan anggota polis sentiasa membuat rondaan kawasan terutama di sebelah malam tetapi ianya tidak meliputi dalam kawasan asrama kerana ianya adalah tanggungjawab anggota kontinjen sendiri kecuali sekiranya ada laporan yang dibuat yang memerlukan pihak polis memasukinya.
Tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan disiplin kontingen pada setiap masa terutamanya di blok-blok penginalan adalah di bawah kontinjen itu sendiri. Oleh kerana itulah, setiap pasukan mempunyai pegawai-pegawai terdiri daripada pengurus, penolong pengurus, chaperon, jurulatih dan sebagainya.
Mereka bertanggung jawab penuh kepada anggota pasukan mereka termasuk hal-hal keselamatan dan disiplin. Kes ini telah dilaporkan kepada polis dan ianya adalah di bawah siasatan polis sekarang ini. Semua ketiga-tiga yang terlibat iaitu atlet daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telahpun ditangkap dan masih berada di dalam tahanan reman.
Buat masa ini kita masih menunggu keputusan siasatan. Walau bagaimanapun, oleh kerana atlet ini merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), saya telah mengarahkan Dato' Seri Zolkples, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), untuk minta tindakan awal diambil dan mencadangkan supaya ketiga-tiga atlet ini digantung dahulu semasa siasatan berlangsung dan tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan dijalankan.
Saranan yang sama telah saya sampaikan pada Persekutuan Bola Baling Malaysia. Kejadian tersebut didahului dengan satu lagi insiden yang melanggar disiplin dan juga tataetika Sukan Malaysia yakni beberapa atlet dan pegawai daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telah membawa masuk minuman keras ke dalam UPM yang menjadi perkampungan Sukan Malaysia.
Mereka ini telah minum minuman tersebut di Gelanggang bola keranjang Kolej Kedua UPM. Saya memandang serius perkara ini dan juga telah minta MSWP dan Persekutuan Bola Baling Malaysia untuk gantung semua yang terlibat. Disamping itu, saya telah mengarahkan MSN untuk membuat satu post-mortem dengan segera supaya kejadian-kejadian tersebut tidak berulang pada mana-mana temasya kebangsaan akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....