Pengumuman yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengenai calon parti itu yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini akhirnya merungkai teka-teki yang bermain di minda pemerhati politik tanah air.
Ia ekoran dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa yang sebelum ini mengatakan peluang untuk Pas menawan kerusi tersebut amat tipis. Ramai yang pada mulanya merasakan ia adalah strategi ‘reverse psychology’ parti itu semata-mata, bagi berdepan dengan jentera Barisan Nasional.
Husam sebelum ini ketika ditemui pemberita sejurus menghadiri mesyuarat bersama Pakatan Pembangkang dilaporkan berkata DUN Kuala Besut adalah merupakan kubu kuat bagi UMNO kerana kawasan tersebut mempunyai 97 peratus pengundi Melayu.
“Walaupun peluang untuk PAS menang adalah tipis, jadi kita berpendapat, kita akan tetap lawan,” katanya.
Berucap di hadapan 500 orang penyokong parti itu, di kawasan lapang Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi, Hadi mengumumkan akan meletakan Azlan Yusof, 48 yang juga merupakan seorang ahli perniagaan untuk berdepan dengan calon dari Barisan Nasional (BN).
Azlan yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Che Long’ oleh penduduk tempatan merupakan seorang kontraktor yang juga pernah memiliki sebuah stor kayu di daerah ini.
Calon Pas itu akan berhadapan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37 yang merupakan seorang Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut.
Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi adalah merupakan anak tempatan yang mesra dan tidak ada masalah untuk bergaul dengan ‘orang pantai’.
“Bagi kita calon muda ini diterima ahli parti dan tidak ada masalah sebagai “orang pantai” kerana beliau dekat dihati rakyat,” katanya Muhyiddin ketika majlis pelancaran jentera pilihan raya BN dan pengumuman calon tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh mengundi untuk PRK Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarik penamaan calon.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar dari BN yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.
Kesimpulannya, tarikh 24 Julai nanti adalah merupakan penentu kepada hala tuju politik di Terengganu. Ini kerana keputusan PRK Kuala Besut akan menjadi titik penentu sama ada BN terus kekal menerajui kepimpinan negeri atau sebaliknya. Apa pun keputusannya terpulanglah kepada para pengundi di sana, sama ada ingin memilih seorang Jurutera ataupun Kontraktor sebagai wakil kepada mereka.
Apa yang pasti, pilihan raya ini terus membuktikan, bahawa sistem demokrasi masih tetap subur sekali gus menolak dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang sebelum ini.
Sama ada kubu kuat atau tidak, apa yang pasti BN dan kepimpinan negeri Terengganu perlu bersatu bagi memenangkan calon parti. Buang segala sengketa dan bersama gerakan jentera bagi memastikan BN/Umno terus kekal memerintah di negeri Terengganu.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....