Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semakin bertambah.
Sebab itulah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding daripada Ramadhan sebelumnya. Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya di tahun hadapan.
Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah
meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bemula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.
Fadhilat Puasa dan Bulan Ramadhan:
Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Panduan Puasa Ramadhan
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Bersabda Yang Ertinya:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.
Penyeru pun menyeru:
“Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Berhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah dibebaskam daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan”.
(Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Hadis ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan.
Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan.
Berikut adalah perkara-perkara yang disentuh oleh JAKIM dalam siri penerbitannya berkaitan puasa bulan Ramadhan.
- Puasa
- Pengertian
- Fadhilat Puasa dan Bulan Ramadhan
- Di manakah Kedudukan Puasa Kita?
- Hukum Mengerjakan Puasa
- Amaran kepada Orang yang Meninggalkan Puasa
- Rukun Puasa
- Adab-adab dan Sunat Puasa
- Perkara yang Harus ketika Berpuasa
- Perkara yang Makruh ketika Berpuasa
- Qiamullail dan Solat Tarawih
- Rakaat Solat Tarawih
- Kelebihan Malam Sepuluh Terakhir Ramadhan dan Lailatul Qadar
- Bilakah Lailatul Qadar?
- Zakat Fitrah
- Siapa yang Wajib Membayar Zakat Fitrah
- Waktu Membayar Zakat Fitrah
- Kadarnya
- Qadha’ dan Fidyah Puasa
- Qadha’ Puasa Bagi yang Meninggalkannya kerana Hamil atau Menyusukan Anak
- Hukum Orang yang Mati dan Belum Sempat Mengqadhakan Puasanya
- Fidyah
- Ringkasan
- Puasa Sunat Enam Hari dalam Bulan Syawal
Untuk Pencerahan / Penjelasan lanjut mengenai perkara-perkara di atas, klik PANDUAN PUASA RAMADHAN - JAKIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....