PANASS!! Blogger PRO KJ Buat Surat Terbuka Kepada Khir Toyo @KhairyKJ





Panas...Panasss.... Gendang telah dipalu nampaknya. Bahang Pemilihan Agung UMNO (PAU2013) semakin terasa. Jika semalam BB berkongsi kenyataan KERAS daripada Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia (KLIK SINI), hari ini telah keluar jawapan dan SINDIRAN BALAS pula daripada "TEAM" KJ.

Berikut adalah kandungan artikel yang BB petik dari sebuah blog yang membidas kembali "KEGAGALAN" Dato Seri Khir Toyo :


Jangan kerana sial penyapu tak hilang lagi Dato' Seri Khir Toyo nak salahkan Khairy Jamaluddin pula?


Tak salah memberi pandangan tapi apa salahnya jika menegur secara berhemah, bukan dengan cara memecah belahkan golongan muda bersama atau pun mahu bersama UMNO/BN. Jika Dato' Seri ada cadangan yang terbaik untuk menarik golongan muda sila lah kemukakan… jangan hanya pandai berkokok diluar kemampuan sendiri…

Melihat pada kenyataan Dato' Seri ianya jelas bermotifkan dendam lama yang masih berdarah… 

Kalau hendak dikenangkan, memang malang sekali… ini kerana kekuatan yang ada pada Dato' Seri tidak mampu menobatkan Dato' Seri sebagai Ketua Pemuda UMNO pada masa pemilihan dulu. Dato' Seri tewas ditangan Khairy, terbukti Khairy mempunyai kelebihan yang luar biasa dari Dato' Seri….

Nak buat macam mana nasib tidak menyebelahi Dato' Seri, atau mungkin juga kerana malang sial penyapu, rakyat Selangor mendoakan agar Dato' Seri kalah pada waktu itu…? Mungkin juga Dato' Seri lupa siapa yang menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional di Selangor pada PRU ke-12 dulu? Sekurang-kurangnya pada PRU ke-13, Khairy menang besar berbanding dengan Dato' Seri yang telah berjaya mengaibkan BN di Selangor!

Ya, jika gagal dan sememangnya terbukti gagal.. Dato' Seri yang menyebabkan BN Selangor di sapu oleh pembangkang pada PRU ke -12, selayaknya cermin diri terlebih dahulu sebelum Dato' Seri memberi komen Khairy gagal mengemudi Pemuda BN. Untuk gagal perlu layak seperti yang Dato' Seri buktikan pada PRU ke-12 yang lalu...

Sudah lah Dato' Seri… Dato' Seri perlu sedar Dato' Seri sebenarnya adalah liabiliti dalam UMNO! 

Bercakap pasal program untuk orang muda, segalanya telah di perjelaskan sendiri oleh Khairy ketika menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang lalu.. Sila baca para 7 hingga para 29 disini….

Ini jelas Khairy telah memulakan gerak kerjanya dari peringkat awal dan bukan seperti yang didakwa oleh Dato' Seri….!

Tak apalah pemilihan yang akan datang Dato' Seri boleh bertanding lagi dengan syarat Dato' Seri kena menjaga ketampanan agar kelihatan muda selalu.


1 ulasan:

  1. PRU ke 13 berapa banyak saluran MUDA yg undi BN, baik PARLIMEN mahupun DUN, heheheheheheheheheh

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....