PANAS!!! Isu Kantin Sekolah : Komen SUA KJ Yang PRO PAKATAN? @KhairyKJ @reginalah




Khabarnya, Regina Lee, wartawan The Star yang banyak membantu Hannah Yeoh dan penyokong tegar DAP, cuba menimbulkan persoalan tentang isu kantin sementara sekolah dalam tandas.

KHABARNYALAH!!!!

Tapi itu bukan persoalannya, persoalannya sekarang kenapa isu ini tidak ditangani dengan sebaik-baiknya. Mak bapak mana yang rela anak-anak di sekolah dilayan sebegitu?

Walaupun akhirnya semua tuduhan itu ternyata FITNAH, namun ada sesuatu yang perlu kita ambil sebagai ikhtibar atau pengajaran.

Kenapa Sang Menteri kelihatan tergesa-gesa membuat kenyataan tanpa usul periksa? Kenapa Guru Besar diarahkan "bercuti?" oleh Ketua Pengarah? Dan kenapa isu ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan khususnya kepada penyebar fitnah? kenapa? Kenapa? Kenapa?

Sebenarnya, banyak ketirisan dalam sistem pentadbiran yang perlu diperbaiki. Tidak kira di mana, sekiranya ditegur maka akan dikata "pemberontak" atau berjiwa pembangkang. Zaman telah berubah dengan pesat, tapi minda pihak-pihak yang "berkuasa" masih tidak. Mereka masih menjunjung konsep "WHO' THE BOSS".

Dan malangnya, "pemberontak-pemberontak" ini samada terpinggir atau terus "dibuang" oleh pihak yang "berkuasa".

Akhirnya, suara-suara "pembaharuan" dipandang sepi atau sebelah mata.

Berbalik kepada isu di atas, bukan sahaja Regina yang bersuara sebegini, namu lebih ramai lagi yang mempunyai kemusykilan yang sama. Bagaimana penerangan atau penjelasan yang dibuat oleh pihak yang berkenaan berhubung isu ini kepada rakyat?

Dan rasanya kita juga tidak jemu disajikan oleh mereka yang ada dalam kabinet dengan lakonan bertalam dua muka. Ramai.... Bukan niat nak mempertahankan SUA Menteri Belia dan Sukan ini, namun kalau dilihat dari sudut lain, ada kebenarannya apa yang dibangkitkan oleh Regina.

Adakah isu ini betul-betul ditangani atau sekadar melepaskan batuk ditangga.

RAKYAT TELAH BERSUARA PADA PRU 13 YANG LALU. WALAU RAMAI BANGSAWAN MELAYU MENGATAKAN ITU KESAN DARIPADA TSUNAMI CINA, NAMUN PERLU DIFIKIRKAN JUGA KENAPA TSUNAMI INI BERLAKU? ADAKAH UMNO BETUL-BETUL MEMPERJUANGKAN MELAYU?

Kalau setakat nak mendaftar ahli pun terpaksa menghadapi karenah birokrasi yang "MELAMPAU", apatah lagi untuk bersuara di dalam parti!!

Tepuk Dada Tanya Akal Yang Waras.

KE MANA PERGINYA SEMANGAT PERJUANGAN BANGSA?

TIDAK CUKUP SEKADAR MENGHUNUS KERIS SEBAGAI SIMBOL PERJUANGAN MELAYU.

FIKIR-FIKIRKAN...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....