LAHAD DATU : KENAPA SIASATAN PENCEROBOHAN LEWAT



KUALA LUMPUR - Penyiasatan yang memerlukan kerjasama negara asing merupakan antara sebab berlaku kelewatan dalam tindakan untuk menangani kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaffar berkata, memandangkan penceroboh merupakan rakyat asing, siasatan yang dijalankan polis tertumpu kepada tujuan kemasukan terlebih dahulu dalam usaha menjaga hubungan serantau antara Malaysia dan Filipina.

"Setelah memulakan siasatan dan apabila polis diserang barulah diketahui

kelompok ini bertujuan menceroboh dan mengganas. Namun penyiasatan juga melihat kepada hubungan dengan Filipina dalam semangat serantau, sebab itu penyiasatan memakan masa lama kerana memerlukan kerjasama kedua negara.

"Jadi, dalam keadaan sedemikian kita perlu berhati-hati dan selepas

mengetahui serta mengenalpasti tujuan mereka barulah kerajaan menghantar tentera dan memulakan gerakan ketenteraan yang akhirnya menamatkan pencerobohan itu," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin

(BN-Kinabatangan) mengenai kenapa kerajaan lambat mengambil tindakan terhadap penceroboh dari selatan Filipina itu sehingga mencetuskan pelbagai persepsi di kalangan masyarakat, terutama rakyat Sabah. 

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....