KETUA PEMUDA : Khir Toyo "TIBAI" Menteri Belia @KhairyKJ





Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berkata, Pemuda Umno perlu ketua baru kerana Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah gagal menarik pengundi muda terutama kaum Cina dalam pilihan raya umum lalu.

Kata calon Ketua Pemuda pada tahun 2009 itu, Pemuda Umno memerlukan pemimpin baru yang ada idea baru untuk mengundi BN lima tahun lagi.

“Khairy popular tetapi BN kalah, Pemuda Umno perlukan pemimpin yang sebenar dan bukannya popular.“Khairy hebat kerana beliau menang dalam pilihan raya, manakala jawatan Menteri Belia adalah jawatan peribadi.“

"Pemuda Umno perlukan pemimpin yang ada idea baru dan bukanya pemimpin hebat kerana yang lebih penting boleh menarik sokongan pengundi muda kepada BN dan Umno.“

"Saya tidak nampak program yang telah dibuatnya, Khairy perlu kemukakan idea baru ,” katanya.

Dr Mohd Khir bertanding mencabar Khairy dan seorang lagi calon Datuk Mukhriz Mahathir tetapi beliau hanya mendapat tempat ketiga.

Menurutnya, Khairy hanya hebat kerana beliau berjaya dalam pilihan raya tetapi sebenarnya tidak ada kelebihan.

Jika kalah 50 kerusi?

“Adakah beliau mampu menarik pengundi muda orang Cina untuk pilihan raya akan datang?” tanya bekas Menteri Besar Selangor itu lagi.

Katanya, Khairy tidak ada idea untuk mendapat pengundi muda yang berjumlah 3.5 juta lima tahun lagi dan ia menjadi survival kepada BN dan Umno.“Jika pemimpin yang ada kekal, apa jaminan rakyat akan sokong BN dan Umno,” katanya lagi.

Dr Khir menambah, program untuk orang muda perlu digerakkan sekarang dan bukannya dua minggu menjelang pilihan raya.Beliau menambah, walaupun BN menang dalam pilihan raya umum lalu tetapi rakyat tidak memberi sokongan kepada BN dan Umno. Pilihan raya umum ke 14 sangat kritikal kerana jika BN dan Umno kalah 50 kerusi di kawasan bandar, parti itu akan mati, kata Dr Mohd Khir lagi.

Hmm... Apa ni Dato Seri, dendam kekalahan dulu tak habis lagi ker?

Apa pun, sebagai seorang anak muda, AHR sedikit sebanyak bersetuju dengan apa yang diperkatakan. Telah tiba sesuatu yang drastik dibuat bagi memenangi kembali sokongan anak muda.

Memang tidak dinafikan Khairy memang seorang yang populis, namun populis sahaja tidak mampu membawa kepada kemenangan parti. Jika dulu Khairy tidak berada dalam kabinet, tapi kini telah diberi jawatan menteri penuh sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Tidak dinafikan pelantikan Khairy sebagai menteri seolah-olah memberi semangat baru kepada anak muda. Khairy dilihat sebagai penghubung sebenar anak muda dengan kerajaan khususnya Barisan Nasional. Hari-hari awal Khairy di Kementerian Belia dan Sukan seolah-olah membawa sinar baru baik kepada gerakan belia mahupun pertubuhan sukan. Setiap hari pasti sahaja ada isu atau teguran daripada Khairy. 

Dan Khairy dengan lantangnya pada hari-hari awalnya sebagai menteri telah menekankan bahawa beliau adalah menteri untuk semua tanpa mengira latar belakang politik. Beliau bukannya Menteri Belia dan Sukan Barisan Nasional ataupun Umno.

Masa terus berlalu. Harapan anak muda terus membara menantikan pembaharuan yang bakal dibawa. Beban dan tanggungjawab yang semakin mencabar buat Khairy bukan sahaja untuk memastikan jawatan Ketua Pemuda Umno terus disandang, tetapi juga dalam memastikan sokongan anak muda kembali kepada Barisan Nasional amnya dan UMNO khasnya.

Cuma terdetik di fikiran ini, bilakah akan bermulanya fasa pelaksanaan. Tempoh dua bulan yang berlalu bolehlah dianggap sebagai fasa perancangan dan penambahbaikan. Perkara pokok dan isu utama anak muda semestinya peluang pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan peluang untuk membuat keputusan dalam apa jua tindakan yang diambil kerajaa.

Persoalannya, Mampukah "aura" dan "populariti" Khairy sahaja mampu menarik kembali sokongan dan kepercayaan anak muda kepada kerajaan? Apakah ada peningkatan sokongan anak muda pada PRK Kuala Besut baru-baru ini memandangkan itu merupakan landasan pertama beliau selepas bergelar menteri? Apatah lagi Terengganu antara negeri yang tertinggi peratusan pengundi mudanya berbanding negeri-negeri yang lain.

Tidak sabar rasanya untuk melihat statistik sokongan pengundi muda pada PRK tersebut. Melalui pemerhatian secara peribadi, tiada pun pembaharuan yang dibawa Khairy pada PRK tersebut. Sama dan biasa sahaja.

Justeru, tidak sabar untuk melihat respons Menteri pujaan anak muda ini ke atas cabaran dan dakwaan Dato Seri Khir Toyo ini.

Sama-sama kita nantikan.....

 - SUMBER


BB : Perubahan perlukan masa dan ruang serta tidak semudah ABC!! Terpulang pada KJ untuk membuktikannya

5 ulasan:

  1. Kalau dilihat kpd kputusan PRK K.Besut,sokongan anak muda kpd BN masih lgi kurang.Cubalah lihat kpd saluran 4n5.....kebnyakan dmenangi oleh PAS(Kalau tak silap sya lah).KB adalah kawasan orang Melayu.Kalau dlihat d kawasan bandar plak.....adalah dirasakan lagi lebih sokongan dberi oleh pengundi muda ini kpd pembangkang(biasa DAP lah).Oleh itu sesuatu prlu dlakukan oleh KJ utk memperolehi undi dpd pengundi d saluran 4n5 ini.Skarang sgala2nya KJ tlah ada dtangannya. Keris,lembing,tombak,kapak, senapang n sgala2 snjata dah ditanganya.Dulu mungkin hanya kris aje ditangan KJ!Kini snapang gajah pun dah ada.Ayuh bktikanlah kewibawaan mu wahai KJ.Wasalam.

    BalasPadam
  2. KJ bukan kroni ke Khir Toyo?! hahah...

    BalasPadam
  3. TOYOL kedaung kroni AKHRAM

    BalasPadam
  4. owh..itu mcm kah?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....