HARAM : FATWA Terbaru Mengenai Sisha Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan



KUALA LUMPUR 19 Julai - Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan bahawa shisha adalah haram.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu diambil setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah meneliti maklumat serta bukti perubatan mengenai kesan mudarat akibat shisha.

Oleh itu, katanya, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....