BALAS DENDAM : BANGLADESH HACKERS "SERANG" MALAYSIA




KUALA LUMPUR: Beberapa laman web dengan alamat domain ‘.com.my’ dan ‘.MY’ digodam sejak pagi tadi oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai TiGER-M@TE.

Antara laman web utama yang terjejas adalah Google, Dell, Microsoft, MSN Malaysia, Bing, and Kaspersky.


Laman utama laman web berkenaan ditukar dengan teks ‘Helo Malaysia, anda rasa anda lebih maju dari kami? Hormati pekerja kami, kami akan hormati anda. Berurusan sejak 2007”.

Pada bulan lepas, sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan mengalami gangguan selepas digodam oleh kumpulan penggodam antarabangsa yang dikenali sebagai ‘Anonymous’.

Pada Mei, blog PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa digodam untuk memberi gambaran bahawa 'video seks' yang kononnya melibatkan anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar, adalah tulen.

Pada bulan Mac, laman web Google mengalami masalah dengan hasil pencariannya apalah pencarian “Sabah” menunjukkan negeri itu sebagai “tidak sah”. Ia terjadi ketika pencerobohan pengganas di Sabah.

Namun Google menafikan bahawa laman web mereka digodam.

Insiden berkenaan juga mendapat pelbagai reaksi di twitter :



A few of the .MY websites such as http://Skype.com.my  , http://msn.com.my  have been poisoned & hacked. pic.twitter.com/5JU0JHfucc
View image on Twitter




.my sites are down when using google dns (8.8.8.8, 8.8.4.4). Go check out http://dell.com.my  for some lulz

2 ulasan:

  1. Kena ajar sikit dia orang ni...kita hantar hacker2 Malaysia bagi kena kat diaorang pulak...

    BalasPadam
  2. sapa yang mainkan isu Bangladesh semasa PRU-13 ?, sekarang rasakan, yg mana pekerja sektor yg terjejas tu bangsa mana, perbuatan kasar mereka, memukul tanpa periksa, memaki hamun, gertak pekerja bangla, menuduh yg mereka nie upahan untuk pergi mengundi...nahhh..rasakan , jangan menghina orang...akhirnya..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....