VIDEO : SLAMBER JER!!! GELAGAT PENDEMO YANG DITAHAN DALAM TRAK POLIS



Video ini nampaknya dirakam sendiri oleh pendemo yang ditahan Polis akibat cubaan merusuh di pintu masuk Parlimen Pagi tadi. 

Antara yang kelihatan tidak lain dan tidak bukan "IKON" mahasiswa PR si Adam Adli dan Chegu Bard!!

Nampaknya mereka langsung tak heran dan tak kisah. Mungkin dah bersedia jiwa dan raga dengan penahanan tersebut..





Tapi yang bestnya, ketika mereka ini merusuh dan cuba merempuh hadangan pihak polis, pemimpin PR kat dalam tu releks jer. Korang lihatlah gambar di bawah ni pula...








tapi Apa yang DIORANG dapat kat LUAR?


So.. Tak reti nak PIKIAQ LAGI?


KUALA LUMPUR: Polis telah menahan sekumpulan daripada 200 peserta black 505 setelah mereka bertindak ganas cuba merempuh kawalan polis yang mengawal pekarangan bangunan Parlimen di sini ketika berlangsungnya majlis istiadat mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat hari ini.

Difahamkan lebih kurang 12 peserta ditahan polis dalam insiden yang tercetus kira-kira pukul 10.50 pagi apabila sekumpulan aktivis mahasiswa yang menggelarkan diri Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki pekarangan Parlimen.

Susulan cubaan itu, pihak polis telah menahan kumpulan terbabit manakala peserta perhimpunan lain mula menghamburkan kata-kata kesat kepada polis termasuk mendesak polis membebaskan mereka.

Kejadian tersebut menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Parlimen.

Insiden ganas itu berlangsung selama 40 minit kembali reda selepas pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard dan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim menyerah diri kepada polis.

Para peserta mula bersurai dan menuju ke Padang Merbok semula pada 12.05 tengah hari setelah Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengarahkan mereka berbuat demikian.

Perhimpunan anjuran pembangkang dan beberapa badan bukan kerajaan itu bermula sejak Sabtu lalu bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

Biarpun pembangkang mendakwa perhimpunan itu adalah aman, namun ia dicemari insiden ganas apabila polis mendapati tindakan provokasi dan kata-kata kesat sekumpulan peserta perhimpunan itu menjadi punca insiden dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari di Padang Merbok Sabtu lalu.

Malah mereka juga berdegil dengan membina 60 khemah di padang tersebut biarpun DBKL menyatakan tindakan mereka menyalahi Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 iaitu berkumpul tanpa permit dan kesalahan mendirikan khemah di tempat awam mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Pada 8.45 pagi ini dalam keadaan berjerebu, peserta terbabit mula berhimpun di tepi Jalan Parlimen, kira-kira 500 meter dari pintu masuk bangunan Parlimen iaitu di Jalan Parlimen-Jalan Mahameru.

Para peserta dilihat membawa kain rentang yang antaranya tertulis "Dakwat kekal selamanya; kuasa rakyat lawan korupsi; I'm a man on a mission, so please resign; dan tipu pilihan raya. Rakyat bangkit humban kamu;. "tiga tuntutan pdg Merbok 622:

1. Mendesak Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lima ahli panel SPR meletak jawatan
2.Menuntut kawasan yang berlaku pertikaian agar diadakan pilihan raya semula
3. menuntut agar dihentikan proses persempadanan semula sehingga ahli SPR baru dilantik."

Peserta itu juga melaungkan kata-kata yang antaranya termasuk "SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bangsat; reformasi dan hidup rakyat, SPR syaitan dan SPR penipu."

Malah beberapa pemimpin pembangkang sebelum masuk ke pekarangan bangunan Parlimen untuk upacara angkat sumpah jawatan anggota Parlimen turut bertemu dengan peserta, antaranya Anggota Parlimen Batu, Tian Chua, Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun pihak polis mengawal rapi laluan masuk ke bangunan Parlimen dan Zainuddin berkata seramai 150 anggota polis, polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis trafik ditempatkan di kawasan itu bagi menjamin lalu lintas dan ketenteraman awam dalam keadaan terkawal.

Pada 10 pagi sebahagian daripada peserta perhimpunan itu berbaring di tepi jalan dan seorang ahli Persatuan Anak Kelantan di Selangor dan Wilayah (Persada) Mohd Adnan Abdullah, 26, berkata kepada Bernama beliau bersama peserta lain akan terus mengadakan perhimpunan sehingga pemimpin tertinggi SPR meletak jawatan.

"Kami akan cuba bertahan," katanya. - ASTRO AWANI

2 ulasan:

  1. Bodoh punya bdak.

    BalasPadam
  2. kawe dengor bebudok budok ni oghang pandai pandai belakenye, nape ler jadi gitu...
    tengok ler orang orang bebesor tu, semuanya bergumbira sesama mereka, napalah kita ni terlalu fanatik sehinggakan memakan diri kita sendiri. janganlah xtreme sangat...
    kita duk berbaring atas tar tu buat mendenyer, tar tu kan panas, menggelupas kulit belakang tu, masuk sepital, masuk sepital pulak , sepital kerajaan, kalau nak gi sepital swasta mahal pulak, sian mak ayah, nak bayar bil sepital. kalau kita buat macam tu tak melibatkan orang lain tak per jugak.
    sudoh ler menyakitkan diri sendiri...di bagi peluang belajar, kita belajar je lah....janganlah tersangkut dengan dakyah-dakyah yang menyesatkan dan merugikan... orang tua pernah berkata, IKUT HATI,MATI, IKUT RASA ,BINASA, IKUT NAFSU, LESU.

    oleh kerana ketidakpuasan nafsu, hati dan rasa, kita lupa pada diri kita sendiri....sebelum kita kasihan dan belas kepada orang lain, kasihan dan belaslah kepada diri kita sendiri....

    RENUNG DAN TENGOKLAH GAMABAR PEMBESAR-PEMBESAR TERSEBUT....BOLEH DUDUK SEMEJA LAGI...BOLEH MAKAN MAKANAN YANG SEDAP-SEDAP LAGI.
    RUGINYA KITA....

    KASIH DAN SAYANGILAH DIRI ANDA SENDIRI SEBELUM ANDA DIPERBODOH DAN DIPERALATKAN.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....