VIDEO : SEMUANYA SALAH UMNO - LIM GUAN ENG MALU SENDIRI




Ini kenyataan paling baghal dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng. Ketua Menteri Pulau Pinang, dalam video di atas, kononnya berasa kesal kerana tidak dapat buka semula Jalan Macalister yang telah disiapkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana kerja-kerja dijalankan di Menara UMNO yang mungkin membahayakan orang ramai. 

Dari awal sehingga akhir video berkenaan, beliau asyik menyalahkan UMNO. UMNO buat kacau. UMNO susahkan Rakyat. UMNO tidak bertanggungjawab. UMNO tak siap.



Buat pengetahuan Ketua Menteri yang baghal ini, Bangunan Menara UMNO di Jalan Macalister adalah bangunan milik JKP Sdn Bhd. Manakala UMNO Pulau Pinang hanyalah penyewa di bangunan berkenaan. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang juga penyewa di bangunan tersebut. 

Bagaimana pula penyewa boleh disalahkan sekiranya kerja-kerja pembaikan masih belum dilaksanakan? Apakah penyewa iaitu UMNO bertanggungjawab untuk membetulkan sebarang kerosakan yang berlaku di bangunan yang bukan miliknya? Kenapa UMNO pula yang disalahkan?








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....