SEMALAM tiga sahabat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Km 14.5 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur.
Insiden 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Viva, Adam Abdul Rahman yang berasal dari Muar, Johor dan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman (Jasin, Melaka) dan Nurul Maizura Maidan Dali (Labuan, Sabah) meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi rakan mereka, Nurfarina Mokhtar berasal dari Kelantan, yang merupakan penumpang di bahagian hadapan hanya cedera ringan.
Mayat Adam, Ameer dan Nurul Maizura dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk bedah siasat manakala Nurfarina menerima rawatan lanjut di hospital yang sama.
Kesemua mangsa berusia 18 tahun. Adam, Ameer dan Nurfarina merupakan penuntut di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam manakala Nurul Maizura pula penuntut di Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Ketika kejadian, keempat-empat sahabat itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari taman tema i-City, di sini ke Kuala Lumpur.
Lihatlah video kemalangan tersebut…bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa.
Ambillah iktibar atas apa yang telah berlaku…
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....