VIDEO : APA KES NI? PEMIMPIN UMUM MATI SYAHID DI BLACKOUT 505!!!



Makin bercelaru dan keliru BB dibuatnya. Ya Allah! Perwira kita yang terkorban di Lahad Datu pun mereka pertikaikan status Syahidnya, ini dengan yakin pulak dia kata siapa yang meninggal dunia di perhimpunan Blackout 505 yang akan dianjurkan PR di Padang Merbok sebagai SYAHID.

Allahu Akhbar!!!

Rosak..rosak..dah makin meracau mamat ni...dia kalah di Putrajaya, tapi menang di Salor, Kelantan...lepas tu tak mau datang Dewan Undangan Negeri Kelantan atas sebab-sebab tak dapat dielakkan..

Tau tau dia buat video "panas"

Tengok video kat bawah ni..







Sebelum ini ketika kes Pencerobohan Di Lahad Datu, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib mendakwa anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah hanyalah sebagai 'syahid dunia' bukannya 'syahid dunia akhirat'.

“Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,” katanya.

Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.

“Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya.

Kenapalah pemimpin-pemimpin Pas ni selalu menyakitkan hati umat Islam, asal saja tidak berjuang dengan Pas, kehidupan serta kematian mereka akan dicuba sedaya upaya untuk dipertikaikannya. Apa salahnya kita kata pejuang negara kita yang terkorban itu syahid, tak perlulah nak panjangkan sampai kepada syahid dunia dan syahid akhirat, cukup saja sekadar syahid.

3 ulasan:

  1. Orang kecewa....macam2lah akn di kata.Songsang dah bdak ni.Allahuakbar.

    BalasPadam
  2. pening...pening...

    BalasPadam
  3. Allah dah bagi pentunjuk betapa SESAT LAGI MENYESATKAN PARTI PAS ni..melalui tindakan dan kata kata cukup membukti PAS adalah PARTI POLITIK yang MEMPERGUNAKAN ISLAM, MEMPERGUNAKAN AYAT AYAT ALLAH semata untuk parti.

    Kebanyakkan pengikut PAS adalah mereka yang kurang ilmu agama, cetek akal fikiran dan pengikut taksub NIK AZIZ yang dah sesat lagi menyesatkan...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....