Semangat atasi rasa gentar
Pertempuran dengan jarak 300 meter selama 10 minit menjadi antara pengalaman paling berharga ketika ketika menyertai Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah.
Biarpun gentar, namun Pegawai Pemerhati Hadapan, Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para), Kapten Mohd Nor Azmi Mohamad tetap melaksanakan tugas digalas dalam membantu pasukan sahabat, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan itu.
Mohd Nor berkata, beliau yang pertama kali berhadapan dengan musuh dalam pertempuran melaksanakan tugas berbekalkan latih tubi bagi sebarang misi dijalankan sebelum ini.
“Ketika berdepan musuh, saya mementingkan apa yang sudah dipelajari. Semua prosedur dan peraturan yang diikuti sepanjang pertempuran ternyata memberi kesan kepada pasukan musuh.
“Ini juga kali pertama saya bertempur secara berhadapan dengan musuh dan meskipun gementar, Alhamdulillah, saya masih mampu menjalankan tugas kerana sudah dilatih tubi melaksanakan sebarang misi yang diarahkan,” katanya
Sementara itu, Pegawai Pos Pemerintah rejimen sama, Kapten Ahmad Taufiq Khairudin berkata, beliau menjadi pegawai pertama dari pasukan itu melepaskan tembakan meriam dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada Mac lalu.
“Saya gementar kerana itu kali pertama melakukan tembakan dalam pertempuran apatah lagi di hadapan adalah pasukan sahabat, namun bersyukur peluru jatuh tepat di kawasan sasaran iaitu kira-kira 100 meter dari Kampung Tanduo," katanya.
- SUMBER : KPPVVK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....