Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjenama semula semua modul latihan dan program belia di negeri ini selaras dengan perubahan perkembangan sains dan teknologi.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Belia Selangor terdapat banyak modul latihan belia yang sudah lapuk dan perlu ditukar.
"Program belia dan modul latihan pembangunan sahsiah yang ada pada masa ini banyak yang sudah lapuk dan perlu dikemas kini secara berperingkat.
"Di Selangor terdapat kawasan bandar yang luas berbanding luar bandar dan oleh itu, pendekatan program dan modul belia perlu selaras dengan kehendak belia di bandar yang terdedah dengan perkembangan semasa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bersama timbalannya, Datuk M. Saravanan ke Jabatan Belia Selangor (JBS) Selangor di Sementa di sini hari ini.
Khairy berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh kementerian, belia hari ini berminat dengan program baru bersifat intelektual dan program kerohanian berbentuk hiburan.
"Kementerian akan membuat pendekatan baharu dalam menyediakan program untuk belia seperti mengadakan aktiviti debat yang membicarakan isu-isu semasa agar kita dapat gambaran lebih jelas terhadap minat dan kehendak golongan tersebut.
"Hari ini anak-anak muda amat berminat dengan program ceramah agama oleh tokoh agama selebriti. Kita akan cari jalan bagaimana kementerian boleh bekerjasama dengan personaliti-personaliti terlibat," katanya.
Mengenai tabung keusahawanan belia, Khairy berkata, buat masa ini kementeriannya memperuntukkan tabung untuk usahawan belia di peringkat asas.
"Dengan pasaran perniagaan yang luas di negeri ini, para belia memerlukan dana yang sesuai untuk mengembangkan perniagaan mereka," katanya.
A:KJ sebenarnya, enak, dalam latihan untuk menjawat Perdana Menteri
BalasPadamsebab KJ banyak masa dan bermacam sumber di dalam KBS, sehingga
merangkap Persuruhjaya (Pelatih) SPRM (MACC) dalam hal bola sepak yang
menjadi bidang kepintaran nya sejak MYTEAM sokong Tony Fernandez.
B:DYMM
Sultan Pahang ,selaku Presiden sangat sabar dalam issue campurtangan
Menteri tak sampai 45hari (30 day wonder ukuran nya).
C:Bukan kah
mulut Khairi merupakan ahli politik dan menteri yang amat suka campur
tangan dalam semua issue negara, yang akibat kan super over governance.
Wal hal,1M Najib bapak sekolah cina,telah mengamal kan government know least.
D: KJ melawan arus.
Perangai
macam DAP, cuka cari pasal dan memang mencari issue,sebab tak ada
kerja.,nak lebih Ah Beng dari Ah Beng. Teeeeerpaksa ambil superkiasu
Regiina,.sebab mau ikut macam najib yang makin banyak hilang pedoman. Karib dengan Jason Lo
"""LEts go for Pork CHOPS PORRRK CHOOPS" bila rasa lapar dan mengajak
pekerja melayu islam pergi melihat nya menterkerdarah POOOORK CHOOOOPS".
Dulu KJ Join in kut ? ,
E:Sibuk main dram di pesta belia ,tendang bola sepak untuk dapat kan cover publisity.
1 Semenjak jadi SIL, suka Publisiti,mulai masuk cover boy GQ.
2..Aksi aksi 1M+1M .Lebih Najib dari Najib.
3. Giat lakon kan P.EM wannabe(macam saperti penasihat ekonomi Negeri Selangor)
4.Amal New politik macam saiffudin dan adam tanjung malim.
5.Penaung- KJ Fan kelab dan KJ Internatioan Fan Klab(UK)..
6.Suka Engage dan inklusive- serupa Najib.
7.Pamir kan Kelainan - serupa Najib
8.Merangkap Menteri - Kementerian National Reconcilation
9.Ucap ucapan Ketua Jurucakap Kabinet
10.Ucap ucapan Ketua Jurucakap BN
11.Urus kerja Ketua Kumpulan pencantas Zahid.
12.Urus kerja Ketua pembangkang dalam kabinet.
13.Urus kerja Ketua UMUM PR dalam UMNO
14..Amal kan World view - sukan dan bola sepak macam najib
15.Tonjol kan peranan sahabat karib AA Rafidah Nor Yaakob dan TSTF dan MUFC.
16.Sikit sikit sahabat baik PAP .
17.Terbaik punya kenangan Father 's little boy ,40 years
ago.( tolong minta kertas tissue)
18.Idola Harakah.
19.Loose cannon shoot from the hip Minister for all.
20.Menteri Kementerian bukan menteri BN.
21.Banyak latihan dan assignment selaku Trainee No 1 Penolong Perdana
Menteri . ( Trainee Assistant Prime Minister No 1.)
22. Mat Super liberal, sama dengan AAX punya kepala.
23.Banyak menulis surat kapada Majalah Ekonomis UK selaku No 1
Assistant Foreign minister)
24.Merangkap Pelatih Utama SPRM(MACC)
25.FAM President wannabe Trainee No1.
26.Test Market Laboratory untuk Najib (yang tak berani cakap terang terang).
27. Ketua Pemuda sehingga PAU 2013 aje.
28.Ambil alih jawatan Menteri Kesihatan
29.Ambil alih Menteri jawatan alam sekitar.
30..Ketua upacara solat PPUM di masjiD negara..
31. Kemaruk publisiti percuma dari Jerebu .
32. Ketua Pengedar yang amat perihatin, topeng muka di LRT Kuala Lumpur.
33. Merangkap Menteri Sumber Manusia
Hebat Betul 1Malaysia ada orang yang mampu kerja macam macam serentak,(OXON gelar MULTITASK). Maana nya dia tada kerja atau banyak ramai betul tingkat 4 baru punya,atau pun dia gila publisiti, atau pun KBS tak perlu menteri atau kementerian penuh
arjuna waspada
changkat lobak