KUALA LUMPUR – Setelah seminggu mendiamkan diri, akhirnya lagenda rock Malaysia Amy Search muncul di Institut Jantung Negara (IJN) pada tengahari Khamis untuk rawatan susulan.
Beliau datang bersendirian untuk bertemu pakar jantung Dr Shaiful Azmi Yahaya, tanpa ditemani oleh isteri dan juga pengurus peribadinya, Nourish.
Penyanyi berusia 55 tahun itu cuba menyembunyikan identitinya dengan memakai cermin mata, topi ‘beanie’ dan t-shirt Black Sabbath.
Beliau turut meminta kebenaran untuk menunggu gilirannya di lounge pusat pesakit antarabangsa IJN, yang lebih ‘privacy’ dan tidak terbuka kepada orang ramai.
“Saya ok. Cuma datang untuk medical check-up aje,” jawabnya ringkas ketika ditemui portal hiburan Red Carpet di kaunter bayaran.
Walaupun dalam keadaan tergesa-gesa, Amy yang kelihatan jauh lebih kurus tidak menghampakan permintaan peminat-peminatnya untuk bergambar, termasuklah jururawat yang bertugas.
“Keadaan Abang Amy OK,” komen staf IJN yang tidak mahu namanya disiarkan. “Dia sekarang dalam pemerhatian Dr Shaiful setelah mengadu sakit dada baru-baru ini.”
Sebenarnya takder kena mengena pun sindiran Amy ke atas Anwar kerana ini merupakan rawatan susulannya sahaja. Sekadar mengimbas kembali sindiran Amy kepada ketua pembangkang tersebut (KLIK SINI).
BB : Semoga Amy Cepat Sembuh Dan Sentiasa Menjaga Kesihatan. Yang Paling Penting, Banyakkan Berehat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....