BELAGA - Tiga sami Buddha didatangkan khas dari Wat Velurachin, Thonburi, Bangkok bagi membantu pada hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat mangsa bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam di Giam Bungan, Sungai Rajang.
Tiga sami itu Phra Maha Songsak, 69, Phra Maha Lamphua, 44, dan Phra Maha Precha, 41, tiba di sini sejak 3 Jun lepas dibawa oleh pemilik syarikat bot ekspres untuk membantu usaha mencari itu mengikut kepercayaan Buddha.
Menurut Phra Maha Songsak, ritual diadakan bagi meminta bantuan 'Mountain God' dan 'River God' membantu melepas serta membawa roh mangsa yang dikhuatiri mati ke 'syurga'.
Ritual selama sejam itu dimulakan dengan barangan seperti limau, epal, baju dan kasut kertas, biskut, gula-gula, air mineral, Rum dan 'wang tebusan' 'Hell Money' sebanyak tiga juta disusun manakala colok dipasang di tepi tebing sungai.
Ini diikuti bacaan mantera diketuai Phra Maha Songsak dan dua lagi sami dengan turut disertai wakil pemilik bot, Neo Keat Seng bersama isterinya.
Tali kemudian diletakkan pada wang kertas Hell Money dan dipegang oleh ketiga-tiga sami berkenaan sebelum air mineral yang sudah dijampi dan Rum dituang di tebing sungai.
Bacaan mantera diteruskan sebelum ritual diakhiri dengan pembakaran wang kertas serta baju dan kasut kertas manakala Phra Maha Songsak pula menabur kelopak bunga-bungaan ke dalam sungai.
Dalam kejadian 28 Mei lepas, sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari Sibu.
Setakat ini, jumlah mangsa yang selamat ialah 205 orang, dua masih hilang dan satu mayat, Tujok Lah sudah dijumpai.
Dua mangsa yang masih hilang ialah Roslin Jati dan Maurice Ajan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....