Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Yusri Mohamad, apa yang berlaku, DAP seolah-olah sedang bermain dengan persepsi untuk membuktikan kononnya tidak wujud sebarang dominasi kaum di dalam gabungan pembangkang itu.
"DAP dilihat cuba bermain persepsi yang kononnya dalam Pakatan Rakyat tidak berlaku dominasi kaum Cina, walaupun jika kita lihat DAP adalah yang paling layak untuk menjadi ketua dalam Pakatan.
"Mereka masih mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang untuk mengaburi mata rakyat berkenaan wujudnya dominasi kaum lain dalam Pakatan, ini helah mereka," katanya.
Yusri yang juga adalah Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI) turut menyelar tindakan Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai tidak bertanggungjawab apabila pada mulanya menyarankan ahli Parlimen pembangkang supaya memboikot sidang Dewan Rakyat bermula 24 Jun ini.
Katanya, sikap sebegitu menunjukkan bahawa Anwar tidak layak untuk menjadi pemimpin dan memberikan pandangan negatif kepada umum.
"Anwar Ibrahim memang melihatkan kredibiliti dia yang rendah, kita tak mahu Parlimen itu menjadi gelanggang 'drama' ataupun lakonan.
"Rakyat memerlukan pemimpin yang lebih bertanggungjawab dan melihat Parlimen berfungsi dengan baik, bukan tempat untuk bercakap kosong," katanya lagi.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Datuk Aidit Ghazali berkata kemungkinan bahawa Anwar akan mengkhianati rakan-rakan seperjuangannya adalah besar jika mereka tetap mengangkat beliau sebagai Ketua Pembangkang.
Menurutnya, Anwar dilihat terlalu taksub untuk memenuhi cita-cita peribadi sehinggakan sanggup untuk mengingkari dan melanggar undang-undang negara.
"Sekiranya diteruskan juga memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, saya amat yakin satu hari nanti beliau akan peralatkan rakan-rakan sama ada dari DAP ataupun PAS dan termasuk juga PKR yang tidak setuju dengan beliau.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau merupakan seorang yang begitu kemaruk dengan kepentingan peribadi sehinggakan sanggup untuk membuat perkara yang sebenarnya bercanggah dengan amalan tradisi serta peruntukan yang disediakan," katanya.
Aidit turut meminta ahli Pakatan Rakyat untuk berfikir dengan lebih waras dan rasional dalam memilih ketua yang akan memimpin mereka bagi membuang persepsi bahawa Pakatan bergerak di bawah satu agenda yang sempit dan tidak telus.
Menurut beliau lagi, seorang pemimpin bukan sahaja perlu petah berbicara namun mesti berwibawa dalam berhujah bagi mewakili kumpulan itu.
"Justeru nasihat saya kepada pihak pembangkang untuk bijak memilih orang yang betul-betul boleh mewakili kewibawaan dan integriti mereka dan bukan sekadar memilih Ketua Pembangkang yang masing-masing memperalatkan untuk satu tujuan yang sempit ataupun semata-mata hendak duduk di Putrajaya.
"Sesiapa pun yang akan jadi ketua pembangkang dia sebenarnya perlu memainkan peranan untuk memurnikan semula persepsi ini mengenai puak pembangkang yang mereka ini mempunyai sebuah agenda yang terlalu sempit dan menyimpang daripada tunggak-tunggak negara kita," katanya.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....