VIDEO : "PERTEMPURAN" JENTERA BN DAN PAS DI PUTRAJAYA!!!



Malam semalam sekitar jam 10.30 malam gua mendapat panggilan telefon daripada sahabat di Bilik Gerakan Pemuda Putrajaya minta datang segera ke Flat Hijau sebab Pemuda Putrajaya dah mula berkumpul. Sebab apa tak pula dinyatakan.

Tanpa membuang masa gua yang tengah kusyuk dengar ceramah dari Ustaz Minna Pondok di PDM Taman Warisan capai kunci start motor terus pecut ke lokasi yang diminta. Dalam fikiran ni macam-macam persoalan yang timbul sambil tangan memutar troter minyak memecut laju.

Tak sampai 5 minit skutur gua sampai kat Flat Hijau Blog. Gua tengok dah ramai orang berkumpul tapi tak pasti dari kumpulan mana sebab suasana tempat tu gelap hanya disinari lampu jalan sahaja. Gua nekad jer berentikan skuter gua tengah-tengah kumpulan sambil memberi salam. Nasib baik kumpulan sendiri. Kalo tak mau haru-biru jadinya.





Gua terus jumpa SUB Pemuda dan AJK Pemuda Bahagian tanya "What's happen..." Gua dimaklumkan ada seorang penghuni blok berkenaan yang juga penyukong totok Pas sudah melakukan kesalahan dengan mengutip semua risalah dan flyers kat blok tersebut dan bertindak kurang ajar membuangnya di koridor blok.

Tindakan kurang ajar ini telah dilihat oleh petugas jentera BN yang kebetulan berada di lokasi kejadian lantar menghubungi Bilik Gerakan Pemuda bagi melaporkan insiden tersebut. Patut la ramai Pemuda berkumpul kat situ.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, petugas jentera BN telah pergi berjumpa dengan individu tersebut bertanyakan rasional tindakan beliau. Bukan penjelasan yang diterima oleh petugas jentera BN malah dimaki-hamun serta diugut kononnya geng Pas beliau akan datang sebentar lagi. Memang benar geng pas ada datang tapi geng BN lagi ramai.

Geng pas yang datang tu pun orang luar. Bila ditanya duduk kat mana tergagap-gagap nak jawab akhirnya mengaku tinggal di Bangi dan Dengkil. Gua sempat snap 2 3 keping gambar bahan bukti ngan video semasa kejadian.

Tak berapa lama kemudia datang sebuah kereta peronda polis bersama dua anggota setelah dihubungi SUB Pemuda sebagai langkah berjaga-jaga takut terjadinya pergaduhan bila suasana semakin tegang antara kedua belah pihak. SB Putrajaya pun start mai 2 3 orang yang wajahnya gua kenali.

SUB pun memberi penjelasan keadaan sebenar yang berlaku kepada anggota Polis yang hadir. Gua pun menyelit ditengah-tengah kumpulan Pas sambil bertanya kerja sapa ni. Salah seorang daripada jentera Pas cerita yang dia ada mendengar insiden orang Pas kutip risalah dan buang sebab tu dia datang menyiasat kebenaran.

Salah seorang jentera Pas yang gua jumpa pun tak setuju dengan tindakan orang Pas tersebut yang membuang risalah yang sepatutnya untuk orang lain. "Kalo nak buang pun, buang la yang hak sendiri punya. Yang pi kutip orang lain punya pastu pi buang buat apa" kata jentera Pas tersebut.

Setelah hampir sejam akhirnya kata sepakat diperolehi antara kedua pihak. Polis menyarankan si pengadu membuat aduan di balai polis Putrajaya sementara ada yang kena tunggu lokasi kejadian bagi menjaga bahan bukti.

1 ulasan:

  1. tu nak gaduh dah antara kita,,jgn heran la ko jadi macam negara islam lain..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....