MELAKA - Seorang remaja perempuan, Aimi Hamizah Mohamad, 14, yang hilang Isnin lalu selepas keluar mengaji al-Quran ditemui mati di tapak pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek malam ini.
Mayat remaja berkenaan ditemui oleh sekumpulan remaja yang baru pulang daripada berma bola sepak di padang berhampiran kira-kira pukul 7 malam.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumahnya di Taman Desa Molek selepas keluar mengaji al-Quran pada pukul 7.40 malam Isnin lalu. - KOSMO!
(Gambar Hiasan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....