TERKINI!!! MILOSUAM TARIK 3 LAGI BLOGGER PR KE BILIK BESI!!




Blogger tersohor Pakatan Rakyat, MILOSUAM yang kini berada dalam 'jagaan' pihak polis, dikhabarkan telah membocorkan rahsia dalam soal siasat sehingga menyebabkan tiga orang blogger yang bersekutu dengannya, telah ditahan.

Dua daripada blogger tersebut ditahan di Bandaraya Kuala Lumpur, manakala seorang lagi di Utara Semenanjung.

MILOSUAM ditahan setelah laporan polis dibuat terhadapnya berhubung penyiaran dan penyebaran maklumat serta berita palsu dalam usaha untuk mewujudkan ketidaktenteraman serta menggugat perjalanan pilihanraya di negara ini.

Apalah malang nasib sebagai BLOGGER ni, kan?

Orang lain yang sedap-sedap, blogger pula yang sibuk kena soal siasat dan kemudian terpaksa bersusah payah. Anwar Ibrahim yang bersedap-sedapan, pecacai seperti MILOSUAM dan ketiga-tiga orang kawannya pula yang terpaksa mengharungi segala masalah dan cuba mempertahankan serta pembohongan yang telah mereka lakukan.




Dalam pada itu, polis turut melakukan siasatan berhubung dakwaan yang wujud dalam beberapa buah blog dan SMS-SMS yang mengaitkan bendera-bendera kecil yang banyak dipacakkan di serata tempat di seluruh Kuala LUmpur sebagai tempat bermulanya demonstrasi dan rusuhan sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam Pilihanraya Umum Ke-13 ini.

Daripada TWITTER Nurul Izzah sendiri, bendera-bendera kecil tersebut telah menjadi isyarat kepada percetusan MALAYSIA SPRING yang menyerupai ARAB SPRING dalam usaha menjatuhkan atau menggulingkan kerajaan yang sah dan dipilih oleh rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....