POLIS Surai Perhimpunan Depan SPR



PUTRAJAYA - Polis menyuraikan perhimpunan kira-kira 50 pemuda yang mengaku sebagai anggota beberapa pergerakan belia dan mahasiswa di hadapan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abd. Razak Abd. Majid berkata, polis bertindak menyuraikan perhimpunan itu selepas kira-kira sejam mereka berhimpun sejak pukul 3.30 petang.




"Mereka nak hantar memorandum bantahan sahaja dan ia berlangsung secara aman. Keadaan terkawal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat SPR di sini.

Ditanya jika tangkapan akan dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 memandangkan penganjur perhimpunan itu tidak menghantar notis terlebih dahulu, Abd Razak berkata: "Kita akan jalankan siasatan dahulu mengenai perkara itu."





Kumpulan itu yang mendakwa daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia dan Gerakan Mahasiswa 13, menghantar memorandum antaranya mendesak pegawai SPR meletak jawatan, penubuhan SPR di bawah satu kepimpinan baru dan pilihan raya umum diadakan semula. - Bernama

5 ulasan:

  1. Aloh la Polis weh.....igat2 gak puak2 jenis tak berapo cerdik ni...hok berhimpun semalam d Satdium 2 dakwo2la pah 2 denda n sumbat jel.Dah pasti dio bersaloh.Jenis tak mahu terima kekalahan.Anuar Brahim ngan Azmi Ali 2 serupo ja.Dok nok gugat keselamatan negara.Terima la kekalahan.Ape banayk ke dah berhutang ngan Soros...tak jatuh2 jgak kerajaan Malaysia.

    BalasPadam
  2. Bawak lah banyak2 bukti ke mahkamah. Jangan pandai cakap je. Mangkuk.

    BalasPadam
  3. hai anak anak...KAMU SEMUA KENA BULI..PG BALIK BACA AL QURAN.. BANYAK BANYAK

    BalasPadam
  4. banyakkan berfikir,anak anak..JANGAN BIARKAN ORANG BULI KITA..Orang lain semua dah terima dah,,keputusan..JGN BUAT LAWAK depa orang..

    BalasPadam
  5. depa ni pencacai najis PKR & DAP

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....