KULIM 14 Mei - Seorang anggota polis yang parah selepas dirempuh dalam sekatan jalan raya di Jalan Kulim-Mahang semalam, meninggal dunia hari ini selepas hampir 24 jam koma.
Mangsa, Koperal Yusri Mansor, 48, yang bertugas di Balai Polis Kulim Hi-Tech disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 pagi ini ketika dirawat di Hospital Kulim (HK).
Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah, Supritendan Ghuzlan Saleh memberitahu, semasa kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi semalam, mangsa bersama empat rakan sekerja bertugas mengadakan sekatan jalan raya di Kilometer 8, Jalan Kulim-Mahang berdekatan Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, di sini.
Beliau berkata, semasa bertugas, mereka dikatakan cuba menahan seorang remaja yang menunggang sebuah motorsikal dalam keadaan laju.
"Remaja terbabit dikatakan cuba mengelak daripada sekatan polis dengan memecut laju motorsikalnya dan terlanggar Koperal Yusri.
"Akibat rempuhan yang kuat itu, Yusri mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki kanan patah. Dia dikejarkan ke HK untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan koma. Kira-kira pukul 8.15 pagi ini, mangsa disahkan meninggal dunia,'' katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN ONLINE
mn ngo2 yg sedap brckap k,burukan polis...bla ada polis maut..sapa yg patut di p,salah kn
BalasPadam