PARAH!! GURU SILAT DITETAK PEROMPAK!

ALOR SETAR 28 Mei - Seorang guru silat dan anak lelakinya parah ditetak tiga lelaki yang cuba memecah masuk stor baja berdekatan rumah mereka di Kampung Gelam, Jalan Datuk Kumbar, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 6.10 pagi, Mohd Iqbal Abdul Rahman, 18, cedera di kepala dan jari tangan kiri manakala bapanya, Abdul Rahman Hashim, 51, ditetak pada lengan kanan dan hampir putus.





Menurut Mohd Iqbal, dia terlihat tiga lelaki cuba memecah masuk stor baja bapanya itu semasa keluar untuk ke tempat kerja di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit.

"Saya terus menghubungi bapa saya, apabila tiba-tiba diserang tiga lelaki bersenjatakan parang. Pada masa sama bapa saya sampai dan turut ditetak," katanya semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, selepas terkena tetakan dia berlari ke rumah kira-kira 50 meter dari tempat kejadian dan meminta bantuan ibunya untuk menghantar mereka ke HSB untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, ketiga-tiga lelaki itu kemudian melarikan diri dengan memandu dua kereta jenis Proton Iswara dan Perodua Kancil.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata kedua-dua mangsa tidak dapat mengecam ketiga-tiga penyerang kerana keadaan agak gelap.

“Polis sedang mengesan kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan sengaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain Adzaman berkata, polis masih memburu empat daripada sembilan penyamun berkumpulan dikenali geng 'Yon Pendang' yang aktif melakukan jenayah samun sejak awal tahun ini di daerah Kota Setar dan Pendang.

Katanya, lima anggota kumpulan itu berumur lingkungan 17 hingga 24 tahun ditahan empat hari lepas dalam serbuan di lokasi berbeza di sekitar bandaraya Alor Setar.

Menurut Adzaman kumpulan itu menyasarkan warga emas, wanita dan pejalan kaki serta mencuri pelbagai jenis kereta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....