NURUL IZZAH TIDAK DIBENARKAN MASUK KE SABAH, APA KATA RAKYAT SABAHSENDIRI??


KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tindakan pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah.

“Saya tak faham mengapa Nurul tak dibenarkan memasuki Sabah. Kalau ini benar, satu kesilapan dan malapetaka.

“Saya rasa ini adalah kesilapan yang besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung Mokhtar dalam twitternya.




Nurul Izzah tidak dibenarkan imigresen Sabah memasuki negeri ini ketia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA kira-kira jam 7.30 malam semalam.

“Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU 13,” kata ahli parlimen Lembah Pantai itu dalam twitternya.

Beliau juga tidak dibenarkan berjumpa ahli parlimen Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

“Saya tidak dibenarkan berjumpa peguam dan diiringi tiga pegawai yang memaksa saya masuk ke dalam pesawat,” tulisnya.

Izzah berkata, terdapat ahli parlimen lain yang tidak dibenarkan memasuki Sabah. Apabila ditanya nama mereka, pihak imigresen berkata ia adalah rahsia.

Dalam pada itu Nurul Izzah turut meyampaikan ucapan selamat hari Kaamatan kepada rakyat Sabah yang akan menyambutnya hari ini.

“Selamat hari Kaamatan Kepada rakyat Sabah. Maaf, tidak dapat bersama kalian. Tapi ingat, hubungan kita sebagai rakyat Malaysia akan lebih kukuh,” kata Nurul dalam twitternya.



Adakah Tindakan Yang Diambil Ini Mempunyai Kaitan Dengan Krisis Lahad Datu Sepertimana Yang Diterima Tian Chua?


BB : Itu kata Bung dan berasaskan pandangan peribadi beliau sahaja. BB tak mahu cakap banyak, biar rakyat SABAH sendiri yang menentukannya. JOM JAWAB DAN TENGOK RESPON ORANG SABAH. KLIK SINI

4 ulasan:

  1. Bila mulut CELUPAR ...inilah padahnya....

    Nasib baik dihalang masuk.....

    Pasti ada orang Sabah yang teramat marah dan mungkin tak terkawal diri....Ini boleh menyebabkan DIA dalam situasi bahaya....

    Buat Apa Hang nak menjengah ke tempat yang hang dah LUDAH....

    BalasPadam
  2. bung moktar ni macam ada apa2 ngan keluarga pak nuar....semacam je tu.

    BalasPadam
  3. aku org sabah...waktu krisis insiden LD, apa malaun ni ckp? skg buat2 ambil berat plak...

    BalasPadam
  4. Padan muka dia. Sibuk kat tempat org buat apa. Jaga la pantai dalam tu.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....