MELAYU YANG DI API-APIKAN DAN DIPERBODOHKAN DAP!!!

Cita-cita besar DAP yang mahu menguasai tampuk kuasa politik negara, kini digerakkan dengan penuh kebijaksanaan. Sedar bahawa Cina tidak boleh bertindak sendirian, sebaliknya perlu mencerminkan bahawa dominasi Cina perlu dibayangi atau dilindungi dengan sokongan Melayu serta Islam, DAP mencipta kerjasama dengan Melayu-Melayu dari PKR dan PAS.

Biarpun PAS pula sentiasa dicurigai oleh DAP memandangkan sikap para pemimpin parti berjenama Islam itu yang sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap pendirian, namun DAP hanya memerlukan sedikit sahaja bentuk sokongan daripada mereka.




Cukuplah sekadar para pemimpin tertinggi PAS melafazkan bahawa usaha-usaha DAP disokong walaupun PAS tidak bersungguh-sungguh menghantar pimpinan tertingginya berada di sebelah Lim Guan Eng atau pun Lim Kit Siang.

Garis keras PAS yang boleh menjelma apabila parti tersebut berasakan mereka cukup kuat, membuatkan DAP tidak begitu memberikan harapan. 

Sokongan daripada Melayu pelbagai aliran kontemporari yang cuba lari daripada kepompong ‘feudal dan jumud’ yang dibawa oleh UMNO dan PAS, merupakan kekuatan terbaru DAP. Itu jugalah senjata rahsia DAP dalam usaha meraih sokongan Melayu-Bumiputera bagi merealisasikan impian dan harapan mereka.

DAP sudah berkali-kali memberitahu, mereka adalah sebuah parti yang lebih hebat dan lebih efektif berbanding MCA. Walaupun DAP seringkali mendabik dada bahawa mereka adalah parti majmuk dan bukannya parti yang berasaskan perkauman, tetapi seringkali DAP membandingkan mereka dengan MCA atau UMNO yang menurut DAP, adalah parti RASIS.

Yang tidak pernah diperkatakan oleh DAP ialah, UMNO dan MCA merupakan komponen dalam Barisan Nasional dan Barisan Nasional pula tidak pernah bertanding dengan lambang-lambang komponennya sebaliknya dengan lambang DACING.

DACING adalah lambang kepelbagaian pendapat atau etnik dalam gabungan berkenaan yang menyerupai struktur demografi Malaysia sendiri. Walaupun UMNO adalah dominan, tetapi UMNO terikat dengan pendapat-pendapat parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang perlu menerimapakai Perlembagaan Malaysia secara menyeluruh termasuklah Artikel 152 dan Artikel 153 yang khusus memperkatakan tentang Melayu-Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.




Sedangkan DAP pula, hanyalah sebuah parti chauvinist yang terasnya adalah CINA serta PERJUANGAN CINA sepertimana yang dibawa oleh Lim Kit Siang dan diwarisi pula oleh Lim Guan Eng. Walaupun terdapat kaum India, segelintir Melayu dan sekumpulan kecil Bumiputera, hakikatnya mereka terikat dengan CINA dan perjuangan CINA yang menjadi darah daging Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

PRU13 dikatakan sebagai kemuncak kepada DAP yang berjaya meyakinkan golongan muda Melayu-Bumiputera agar menyokong parti tersebut mengambilalih peranan Barisan Nasional. Meskipun Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng begitu menjaga hierarki parti tersebut agar tidak ditembusi oleh para pemimpin yang tidak sekepala dan tidak selari dengan perjuangan chauvinist Cina, namun dari semasa ke semasa, anak beranak tersebut sentiasa mendabik dada, mereka mewakili rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Anwar Ibrahim sebenarnya adalah DEWA PENYELAMAT DAP. Faktor Anwar Ibrahimlah yang menyebabkan DAP mendapat kejayaan seperti sekarang. Faktor Anwar Ibrahim jugalah yang membuatkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak mampu lagi melindungi belang dan temberang mereka. Dan Anwar Ibrahim jugalah yang membawa sokongan terbesar Melayu-Bumiputera muda kepada DAP.

DAP bijak mengambil kesempatan. Untuk memastikan kekal relevan dan dilihat sebagai pejuang kepada kewujudan sebuah bangsa Malaysia tulen, meskipun DAP amat menitikberatkan KECINAAN dan KIASUnya Cina mereka, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera atau yang mempertikaikan tentang kewujudan Cina sebagai entiti terasing di Malaysia, akan segera dilabelkan sebagai RASIS.

Terpedaya dengan pendoktrinan palsu DAP, ramai anak muda Melayu yang cukup berasakan mereka sangat idealis dalam bab kaum dan ras serta amat liberal tentang agama, menyokong penuh DAP. Mereka sanggup mempertahankan DAP dan menyertai perjuangan DAP meskipun dalam ‘pakaian’ yang berlainan, hanya untuk menunjukkan yang mereka telah maju.

Walhal sebenarnya, mereka hanyalah sandaran kepada DAP untuk menambahkan lagi tahap kekuasaan dengan melaga-lagakan Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Di sinilah letaknya kebijaksanaan DAP dalam menukar strategi dari hanya bertumpu kepada Cina dan KIASUnya mereka, kini beralih dengan menyeret Melayu dan Bumiputera sebagai barisan hadapan mereka untuk berhadapan dengan majoriti Melayu-Bumiputera lain yang cuba mempertahankan Perlembagaan Malaysia dengan sebarang cara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....