LAHAD DATU : KISAH WARGA EMAS MENYELAMATKAN DIRI DARI PENGGANAS!!


LAHAD DATU – Halim Nasaruddin, 93, yang dikatakan warga emas paling tua di Tanjung Labian berkata, pada pagi 4 Mac, ketika penduduk kampung mula-mula mengesan kehadiran puluhan pengganas lengkap bersenjata, dia terus mengarahkan ahli keluarganya seramai 35 orang menyelamatkan diri.

Bagaimanapun katanya, kenderaan keluarganya tidak mencukupi untuk membawa semua sekali gus, lantas dia mengarahkan sebahagian keluarganya yang mempunyai kenderaan lari menyelamatkan diri.




Halim Nasaruddin



Kejadian pencerobohan pengganas Kiram ke Lahad Datu sejak 12 Februari lalu telah mengubah kehidupan penduduk sembilan kampung buat selama-lamanya.

Kejadian ini akan dikenang dan diceritakan oleh generasi-generasi akan datang, bagaimana sekumpulan manusia yang tamak telah menyebabkan ratusan rakyat menjadi mangsa dan ribuan lagi terkena tempiasnya.

Sambung Halim :

“Sebahagian lagi kira-kira 12 orang saya suruh lari, dan mereka lari mengikut laluan kelapa sawit, biarkan saya di belakang kerana saya tidak boleh lari,” katanya.

Halim, yang menggunakan tongkat untuk bergerak berkata, dia tetap menggagahkan dirinya untuk menyelamatkan diri walaupun laluan kelapa sawit ke jalan utama dianggarkan beberapa kilometer.

“Ketika saya melarikan diri, penduduk lain juga ada bersama saya, tapi saya tetap di belakang kerana saya perlahan,” katanya sambil gelak ketawa.

Setelah separuh perjalanan yang ditempuhinya selama tiga jam, akhirnya Halim berkata, dia berjumpa dengan pasukan komando dan pasukan ini membawanya ke pusat pemindahan sementara di Dewan Embara Budi.

Menceritakan serba sedikit kisah hidupnya, Halim memberitahu dia bersyukur kerana masih hidup walaupun pernah menempuhi tiga peperangan, iaitu Perang Dunia Kedua, Perang Komunis dan pencerobohan ini.

Katanya, walaupun dia berketurunan Bajau Sibutu, kesetiaannya tetap pada negara Malaysia dan buktinya dia pernah berkhidmat di dalam tentera Komanwel sebelum dan selepas Sabah menyertai Malaysia.

“Pada perang sebelum ini, kami penduduk kampung terseksa, tiada langsung makanan kerana takut. Pada perang kali ini, makanan terlalu banyak, macam berkelah,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....