LAHAD DATU: Anwar Dah Cari Talian Nyawa Dengan Pendedahan Perisikan Filipina





Selagi ikan besar tidak ditangkap selagi itu himpunan jalanan akan terus diadakan, mengganggu kehidupan rakyat serta memesongkan fokus kerajaan. 

Lama kelamaaan, rakyat semakin menyampah dan mula memikirkan ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan kerajaan takut untuk mengambil tindakan ke atas ‘ikan besar’. 

Apatah lagi dengan pendedahan mengenai ‘perjanjian’ antara Najib dan Anwar oleh Jusuf Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia. 

Namun, dari kenyataan Anwar sendiri kita mendapati bahawa perjanjian tersebut tidak pun ditandatangani oleh Dato’ Seri Najib, iaitu bermakna tiada sebarang perjanjian yang dibuat. 

Pastinya, yang menginginkan satu perjanjian adalah pihak Anwar dan bukan Najib dan kerana itu, Dato’ Seri Najib telah menolak sebarang perjanjian dengannya. 

Pastinya juga, Anwar menawarkan perjanjian itu kerana beliau sudah tidak yakin akan menang dalam PRU-13. 

Sumber-sumber dalaman menyatakan bahawa Anwar telah memohon agar beliau tidak didakwa atas insiden Lahad Datu yang mana Dato’ Seri Najib pantas untuk tidak bersetuju. 

Pertamanya, kerana pendakwaan tersebut adalah tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah dan bukannya kerajaan. 

Keduanya, Dato’ Seri Najib tidak mungkin akan melindungi pesalah, terutamanya pengkhianat negara yang telah menyebabkan kematian wira-wira negara. 

Ketegasan Dato’ Seri Najib inilah yang membuatkan Anwar gelabah. 

Jika berita dari sumber ini benar, maka Anwar bukan sahaja ‘ikan besar’ tetapi sebenarnya adalah ikan gergasi. 

Beliau bukan sahaja dalang Himpunan haram, tetapi dalang keganasan dan pengkhianatan terhadap negara. 

Rakyat menunggu dengan sabar akan penangkapan ‘ikan gergasi’ ini, dan ingin sepenuh hati untuk percaya bahawa kerajaan punya sebab yang cukup kukuh dan bijak untuk terus membiarkan beliau berenang bebas sehingga kini. 

Walaubagaimanapun, inilah diingatkan bahawa kesabaran manusia sentiasa ada hadnya. 

Rakyat ingin melihat bukan sahaja lebih banyak dan lebih besar tangkapan tetapi pengakhiran kepada siri-siri himpunan jalanan yang memualkan. 

Rakyat ingin kembali kepada dunia yang waras serta enggan lagi melayan berita-berita panas yang tidak bermanfaat mengenai seorang manusia yang separuh gila hanya kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri. 


1 ulasan:

  1. Padan muka anwar.
    kecik2 tak mau mampus.
    dah besar menyusahkan org.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....