KURANG AJAR!! Warga Myanmar Rampas Pistol Polis Dan Tembak Balai!!

Seorang lelaki Myanmar ditahan selepas merampas pistol anggota polis dan melepaskan tiga das tembakan di Balai Polis Chai Leng Park di sini, awal Isnin.

Lelaki berusia 33 tahun terbabit sebelum itu memasuki balai polis berkenaan pada pukul 1.30 pagi untuk membuat laporan polis mendakwa ada orang yang ingin memukulnya dalam pergaduhan di Taman Inderawasih, di sini.



Gambar Hiasan


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata bagaimanapun Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang diminta menyiasat mengenai perkara itu memaklumkan anggota polis bertugas di balai berkenaan bahawa tiada sebarang kejadian pergaduhan seperti dilaporkan lelaki terbabit.

"Lelaki Myanmar yang hanya berkain pelikat dengan kemeja T berwarna biru dan berkaki ayam itu secara tiba-tiba memanjat meja tempat laporan polis dibuat dan mencekik anggota bertugas itu dan berlaku pergelutan.

"Dalam masa sama lelaki terbabit merampas pistol dan mengacukannya ke kepala anggota polis itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata koperal polis berkenaan berjaya melepaskan diri daripada lelaki terbabit dan keluar daripada balai itu.

"Sebaik keluar dari balai, anggota polis itu mendengar bunyi tiga das tembakan," katanya.

Mazlan berkata lelaki Myanmar itu kemudian keluar dari balai dan anggota polis berkenaan cuba memujuk suspek untuk mengembalikan senjatanya.

"Suspek mengacukan pistol ke kepalanya dan terus menarik picu tetapi pistol itu tidak meletup...dua anggota URB tiba di balai itu dan mereka berjaya menangkap lelaki terbabit," katanya.

Beliau berkata siasatan polis mendapati lelaki itu tidak mempunyai dokumen perjalanan dan telah tiga tahun bekerja kontrak di Pulau Pinang.

Lelaki terbabit dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan, katanya sambil memberitahu bahawa pemeriksaan pihak forensik menemui tiga kesan tembakan pada pencetak, dinding meja dan pintu kaca serta tiga kelongsong dan 12 butir peluru.

-- BERNAMA

3 ulasan:

  1. Siapa suruh kau bawak samseng2 Myanmar ke negara ini? Anda semua adalah pengkhianat kepada negara - perosak keamanan negara dengan mengimport penjenayah2 asing.

    BalasPadam
  2. ... tahap keselamatan di balai sendiri pun tidak dapat dijaga, elok PDRM semak semula tahap kecergasan anggota, coz ramai sangat yang hanya kerja untuk GAJI saja...

    BalasPadam
  3. Burma ethnic Chin yang dok Malaysia 10-20 tahun pakai UN refugee card pun biadap jugak,depan UN buat muka kesian,depan orang local dia berlagak sebab dapat perlindungan UN

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....