IKAT JAMIN : SAFWAN TAK TAHAN ATAU ADA PERANCANGAN BARU?

Aktivis mahasiswa Muhammad Safwan Anang hari ini dibebaskan selepas diikat jamin sebanyak RM5,000, kata isterinya Mastura Abu Bakar.

Menurut Mastura, Safwan dijamin oleh adik lelakinya sendiri di mahkamah dekat Jalan Duta, pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Safwan yang juga pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dituduh bersama pemimpin politik dan aktivis NGO Naib presiden PKR Tian Chua, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim pada 29 Mei lalu.



Safwan Anang dibebas dengan ikat jamin RM5 ribu



Kesemuanya mengaku tidak bersalah atas tuduhan terhadap mereka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.

Mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang. Bagaimanapun Safwan enggan diikat jamin dan dibawa ke penjara Sungai Buloh.

Ketika dihubungi Malaysiakini tengahari ini, Mastura berkata suaminya pada asalnya, enggan diikat jamin selepas dituduh di bawah akta tersebut.

Bagaimanapun, Mastura berkata, Safwan menukar fikirannya selepas mempertimbang peranan yang boleh dilakukannya di luar penjara sebagai aktivis mahasiswa.

"Beliau merasakan beliau boleh melakukan lebih banyak perkara di luar penjara berbanding di dalam penjara," kata Mastura.

Tambahnya lagi, Safwan kini sedang berehat sebentar di rumah mereka dan akan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya petang ini.

Menurutnya, Safwan bersama beberapa aktivis pelajar lain akan menyerahkan memorandum membantah penangkapan aktivis dan pemimpin politik oleh polis kepada kementerian itu.

Untuk rekod, Safwan dituduh bersama Tian Chua, Tamrin Ghafar, Haris Ibrahim dan Hishamuddin Aris pada 29 Mei lalu atas tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.

Sebelum ini Safwan bertindak bodoh dengan menolak ikat jamin tanda protes kononnya "UMNO dan BN perkudakan sistem undang-undang'.

Dan sekarang, bekas mahasiswa itu menggunakan sistem yang kononnya 'diperkudakan oleh UMNO dan BN' itu untuk membebaskan diri dengan ikat jamin! Pathetic!

Inilah masaalahnya jika ada individu yang berlagak hero tapi tidak menggunakan akal fikiran untuk membuat keputusan. Sebaliknya menggunakan emosi berlagak mahu protes.

Sekarang, siapa yang perlu tanggung malu kerana terpaksa merujuk kembali sistem yang ditohmah diperalatkan oleh UMNO dan BN?

Dan masih ada lagi puak Pemuda PAS yang mahu percaya membantu si Safwan Anang ini?



BB : WAYANG SAFWAN TELAH MASUK BAHAGIAN "INTERMISSION".  KORANG TUNGGU BABAK SETERUSNYA. INILAH KELEBIHAN PR, SETIAP AGENDA MEREKA MEMPUNYAI JALAN CERITA "Story Board", BEGITU JUGA DENGAN JALAN CERITA UNTUK BLACKOUT 505. INILAH SATU PERKARA YANG BN PERLU BELAJAR!!! ASYIK BERTAHAN DAN MEMBALAS BILA DISERANG JER. BILA PULA NAK SERANG DULU??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....