AMEK KAU!!! GUNA EMAIL PALSU ROSMAH!! LAPORAN POLIS DIBUAT!!




Ini baru betul beb....

Dulu apa sahaja yang pembangkang tabur fitnah, baik UMNO, baik kerajaan, baik PM dan isteri sekali pun mereka hanya biarkan sahaja fitnah dicanang. Tiada tindakan mengikut saluran undang-undang yang diambil. Baik laporan polis atau saman. 

Tapi kini tidak lagi...

Umno pun sekarang ini ada sahaja fitnah terhadap mereka terus saman. Yang terakhir adalah saman terhadap harakah dan Mustafa Ali. 

Hari ini lagi satu lagi sejarah tercipta...perkara ini dah lama ditunggu oleh orang ramai termasuklah dari kalangan penyokong-penyokong BN sendiri. 

Hari ini Pejabat Perdana Menteri telah membuat satu laporan polis berhubung satu emel layang yang mengaitkan isteri PM. 

Emel layang tersebut mendakwa isteri PM memerlukan bantuan untuk memindahkan wang beliau dari satu akaun rahsia di Switzerland. 

Perkara ini sebenarnya bukan benda baru. Saya sendiri telah menulis perkara berkenaan pada bulan Mac 2012. Lihat di sini. Ianya dihidupkan kembali menjelang PRU 13 tempohari. Biasalah tanpa fitnah mereka tak boleh hidup....

Fitnah punya fitnah pun akhirnya gigit jari jua....#lainkalilah

Lain kali kalau nak buat fitnah pun biar logik sikit. Dalam dunia ini semua orang-orang kaya nak bawa wang mereka untuk disimpan di Switzerland. Kerana di sana tempat yang paling selamat dari sudut kerahsiaan untuk menyimpan wang . Di Malaysia tak selamat kerana ada manusia macam Rafizi yang sesuka hati mak bapak dia mendedahkan akaun bank orang lain. Mengaku akauntan tetapi BAFIA tak tahu. 

Dalam kes emel layang yang disebarkan, dikatakan Rosmah meminta bantuan untuk memindahkan wangnya dari Switzerland. Apa punya bodoh si pemfitnah.... Orang semua berebut-rebut nak angkut duit pergi Switzerland, dia pula buat cerita orang nak pindah duit dari Switzerland. Lain kali buat homework betul-betul sebelum menyebarkan fitnah. Jangan jadi Mat Sabu yang mendakwa polis merempuhnya dengan Land Rover. 

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Pejabat Perdana Menteri kerana telah membuka satu lembaran baru hari ini. Selepas ini apa sahaja yang fitnah buat sahaja laporan polis dan saman. Kita berharap perkara ini akan berkekalan. Ikut sahaja cara Singapura...

Sesebuah sekolah akan jadi huru-hara dan murid akan rosak jika cikgu disiplin atau pengetua tidak tegas. Memang akan ada murid atau ibu bapa yang tidak suka dan membantah bila guru tegas. Tetapi bila keluar keputusan peperiksaan hasilnya akan memuaskan. Dan semua ibu bapa serta murid akan gembira. Kemudian semua pakat ucap terima kasih kepada cikgu. "Terima kasih cikgu kerana telah mendidik saya hingga saya berjaya". Itulah ungkapan yang sering kita dengar apabila mereka mendapat keputusan yang baik. 

Begitu juga dengan negara....kerajaan mesti tegas menguatkuasa undang-undang untuk menjadikan rakyat lebih disiplin. Apabila rakyat disiplin negara akan maju. Lihat contoh di Singapura. Bila kerajaan tegas mestilah ada yang tak puas hati. Persetankan sahaja mereka yang tak puas hati. Yang penting negara mesti maju dan kerajaan jaga kebajikan serta poket rakyat. 

Cukuplah 5 tahun kerajaan kita berlembut atas nama demokrasi. Nak berdemo, nak berentap dengan polis, nak tabur fitnah, nak meliwat dan sebagainya. Jangan ambil Indonesia sebagai contoh negara demokrasi terbaik. Kerana mereka mengamalkan demokrasi terbaik sampai boleh demo 16 kali sehari membuatkan negara mereka tak maju dan jauh ketinggalan dari kita. Pelabur asing nak masuk pun takut. 

Jika kerajaan hari ini terus berlembut sepertimana 5 tahun yang lepas, jawabnya 5 tahun lagi hancurlah negara kita. Rakyat akan jadi tiada akhlak, tiada moral, tiada disiplin dan sebagainya. Apabila rakyat sudah jadi begitu maka hancurlah sesebuah negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....