TERKINI: Pegawai Kanan Kastam Ditembak Mati


PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.

Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi.





Shaharuddin Ibrahim. - Foto Ihsan Jabatan Kastam Diraja Malaysia



Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal.

Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia.

Sebelum itu, beliau seperti rutin harian bergerak dari rumahnya pada jam 7.50 pagi menggunakan kereta Nisan Murano dari Dengkil dan sampai di lampu isyarat Lebuh Wawasan pada jam 8.15 pagi sebelum ditembak 3 kali di leher. 

Pemandu beliau telah membawanya ke hospital Putrajaya untuk rawatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi

2 ulasan:

  1. bginila org yg mnuju kbenaran....org yg ditangannya ada kebenaran.....cepat je meninggal dunia....bab yg buat khianat 2 manusia yg takutkan kebenaran manusia yg tamak haloba.....benarla sabda rasulullah tntang prkara ini.....pada akhir zaman nnti org mukmin (yang benar) akan cepat dipanggil oleh allah s.w.t.....klau di kaji kita da tau knapa org (yg benar) dikatakn 2 cpat dipanggil...ini krana kzaliman akan bermaharajalela di dunia ni...

    BalasPadam
  2. Al fatihah. Antara wira negara yang terkorban. Semoga tenang rohnya disana. Allah Maha Adil. Semoga penjenayah ditangkap dan mendapat hukuman yang setimpal. Allahuakhabar. Takziah buat keluarga Allayarham.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....