Bila Rafizi buat pendedahan mengenai saman AES Rosmah Mansor yang tak dibayar , ramai puak2 penyokong LGBT bersorak-sakan dan tak cukup tanah melompat-lompat keriangan seolah-olah satu isu yang sangat besar telah didedahkan . Kita akui , memang pengarah strategik PKR ini rajin buat 'homework' untuk mendajalkan orang . Malangnya 'homework' yang Rafizi buat selalu tak lengkap , contohnya semasa beliau mendedahkan beberapa akaun berkaitan dengan skandal NFC pada satu ketikan dulu . Rafizi yang kononnya seorang akauntan hebat boleh terlepas pandang Akta BAFIA , akhirnya apabila disaman mula lah Rafizi meroyan dan melaung-laungkan supaya hak 'whistle blower' perlu di pertahankan .
Blogger Papagomo dan Seademon telah membuat beberapa analisis mudah berkenaan saman AES ini bagi menjawab tohmahan Rafizi . Gambar di bawah ada 'screen capture' saman AES Rosmah Mansor, kononnya pendedahan ini cukup membuatkan Rafizi bangga dengan peranannya sebagai 'whistle blower' ataupun 'bapak segala pendedahan.
Maklumat yang ditujunkkan oleh Rafizi bukan lah sesuatu yang mengejutkan , adakah hanya dengan berbekalkan 'saman tak berbayar' menjadikan sesorang itu jahat ?? Kereta yang disaman itu pun dari jenis kereta tempatan 'Proton Waja' , tidakkah ia menjadi satu kebanggaan apabila isteri Perdana Menteri Malaysia yang dikatakan 'boros' dan macam tohmahan lagi sudi untuk menggunakan kereta Proton Waja . Selain itu, jelas sekali keadilan yang ditunjukkan oleh kerajaan BN kerana tidak memilih bulu dalam mengeluarkan saman tak kiralah apa pun status penerima saman itu. Sama seperti yang berlaku pada pemimpin PAS Perlis yang turut kantoi dengan saman AES , kezuhudan pemimpin2 PAS seperti yang dicanangkan oleh penyokong2 mereka terserlah apabila kereta jenis Porsche milik beliau turut terkena badi saman AES .
Blogger Seademon pula dalam blognya menulis , Rafizi sibuk mencari kesalahan saman orang lain walhal 'spender sendiri terkoyak dia tak nampak' , kiasan 'spender sendiri terkoyak' maksudnya Rafizi pun ada jugak saman AES malah lebih banyak dari saman yang Rosmah Mansor dapat . Hasil carian yang dibuat oleh blogger Seademon menggunakan khidmat SMS MyEG , ditunjukkan Rafizi masih ada 9 lagi saman yang masih belum berbayar. Menggunakan portal SPR , dan beberapa maklumat lain blogger itu menggunakan IC Rafizi yang tertera dalam portal itu untuk menyemak status saman Rafizi. Selain status saman Rafiizi , beliau juga menyemak status saman Anwar dan Wan Azizah.
Saman Rafizi
Saman Anwar
Saman Wan Azizah
Mantap sekali pendedahan yang dibuat oleh Rafizi itu ,peliknya kenapa tak didedahkan sekali kepada umum yang hang , ketua hang dan bini ketua hang pun ada saman ? Bah kan lagi berderet dari saman yang Rosmah dapat .
Satu lagi tolong tanya kenapa Anwar dan bini dia guna alamat orang lain di Permatang Pauh ? Bukan kah ini salah satu ciri2 pengundi2 hantu yang dilaung-laungkan Ambiga Bersih ?? Alamat rumah yang ditunjuk orang lain yang duduk , satu alamat ada 3 orang yang berdaftar sebagai pengundi ... bahkan orang yang duduk dalam rumah berkenaan katanya takda apa2 hubungan atau tali persaudaraan dengan yang 2 lagi tu ? Kes-kes macam ni lah yang Ambiga Bersih sering persoalkan. Sekarang kena dah batang hidung sendiri ? Tak nak jilat balik ke ludah tu ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....