Dianggarkan lebih 2000 pegunjung hadir di Kangar untuk menyaksikan demontrasi Ops Daulat oleh 200 orang anggota pasukan ATM yang terlibat. Dengan menggunakan peralatan perang yang sebenar seperti senjata rifal M16,Ground Power Machinegun (GPMG), Light Power Machinegun (LPMG) serta anjing perang membuat pegunjung merasa berada seperti berada di medan perang yang sebenar.
Kehadiran DYTM Tuanku Raja Muda Perlis mencemar duli untuk bersama-sama rakyat ke tapak Karnival Astro Fiesta Belia mendapat perhatian ramai pada hari ketiga Karnival itu diadakan. Baginda hadir ke karnival tersebut untuk menyaksikan demontrasi Lahat Datu yang di persembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia bagi memberI gambaran sebenar keadaan pasukan keselamatan di perbatasan negara.
Setibanya DYTM Raja Muda di tapak karnival beliau sempat bersalaman dengan pengunjung yang hadir dan warga ATM. Seterusnya, Baginda diiringi oleh pegawai ATM ke khemah-khemah pameran ATM sebelum ke khemah utama untuk menyaksikan demontrasi tersebut.
Selepas berakhirnya demontrasi tersebut Baginda berkenan untuk makan tengahari bersama-sama pelatih-pelatih khidmat Negara yang datang dari tiga buah Kem Khidmat Negara sekitar negeri Perlis, Iaitu Kem Guar Cenderai,Kem Tasoh dan Kem Tasik Meranti. Tuanku juga sempat melawat gerai-gerai pameran agensi kerajaan di tapak karnival Astro Fiesta Mesra Belia.
Semasa keberangkatan pulang baginda diiringi oleh nyayian lagu raja muda oleh pelatih-pelatih PLKN sebelum Baginda megambil peluang bersalaman dengan pelatih-pelatih tersebut.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....