#PRU13 : Laporan Polis Ke Atas Tun Mahathir


“Laporan polis yang dibuat ini memberi peluang kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menahan dan mendakwa Mahathir atas dakwaan hasutan dan fitnah jenayah sebelum saya mengarahkan peguam meneruskan prosedur undang-undang,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.




Kit Siang juga mendakwa beliau telah memberi dua peluang kepada Mahathir supaya menarik balik dan memohon maaf berikutan penulisan tersebut sebelum ini tetapi bekas Perdana Menteri itu tidak berbuat demikian.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa parti itu telah membuat laporan polis ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di ibu negara pagi ini.

Beliau mendakwa laporan polis berhubung tulisan Mahathir bertajuk ‘Gelang Patah’ di laman blog www.chedet.cc baru-baru ini dibuat oleh pemimpin DAP Segambut, Lim Lip Eng.

Dakwa beliau, penulisan itu merupakan satu bentuk serangan yang dilakukan secara tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan mahu memusnahkan reputasinya.

Beliau mendakwa, Mahathir dalam penulisan itu antara lain mendakwa tujuan beliau bertanding di Gelang Patah, Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) untuk mewujudkan konfrontasi yang tidak sihat antara kaum Melayu dan Cina di situ.

Mahathir semalam bagaimanapun melahirkan rasa hairan mengapa beliau dilabelkan sebagai rasis apabila bercakap terbuka mengenai kepentingan semua kaum di negara ini sehingga wujud desakan daripada pemimpin pembangkang supaya dikenakan tindakan undang-undang ke atasnya.

Bekas Perdana Menteri itu dipetik sebagai berkata, tindakan undang-undang tersebut sepatutnya dikenakan ke atas DAP dan Kit Siang yang memperkenalkan konsep Malaysian Malaysia sebagai asas perjuangan parti itu.

“Apabila Kit Siang kata Malaysian Malaysia, dia rasis. Dia hendak orang Melayu tidak mendapat apa langsung pasal orang Melayu tidak boleh berlumba dengan dia, semuanya hendak diberi kepada orang Cina. Itu rasis,” jelas Mahathir. – mynewshub.my

5 ulasan:

  1. Hangpa nak percaya cakap sapa? Aku tabik kat Tun M pasai dia jenuh nak pebukak mata oghang-oghang Melayu, cuci kepala otak oghang-oghang Melayu supaya depa sedaq. Masa tak dapat bulehlah cakap hat baik-baik kunun. Dah dapat, hangpa jadi "pecacai tua pengangkut najis" kata P. Ramlee.

    BalasPadam
  2. huh....Mahathir?...dia penjenayah keselamatan malaysia. banyak org pakistan, india dan org Filipin mendapat IC utk kepentingan dia selama menjadi PM. kekalahan BN pasti dia akan didakwa dan harap masuk lockap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. org india dgn filipin je ke yg dpt ic? @ org2 cina yg ada negara sendiri pun dpt jg ic dan jg dpt hak sbagai rakyat malaysia? klu ko ni cina jgn ingat org melayu semua bodah tp klu ko melayu jgn tunjuk pandai klu ko x tau... nak ckp pasal keburukan Tun M dan BN ko sendiri pun blm tentu baik hak puiiiiii

      Padam
  3. Tanpa NamaApril 15, 2013 4:24 PTG

    apa kepentingan yg dia dpt? ngko mrh sebab tak dpt apa2 kan. biasa la, sebab ko bodoh. Oppss..sori, sy tarik balik pkataan tu & tukar dgn 'tak berapa pandai' :p

    BalasPadam
  4. ah...ko masih hingusan tdk tau apa2. suatu hari nanti ko akan tau tanpa ko tanya apa yg dia dpt. dan masa tu baru ko tau siapa bodoh....opppssss...maksud sya siapa yg tak berapa pandai. :D

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....