#PRU13 : Anak Muda!!! Kita Bangkit Tolak Pemimpin Tidak Bermoral!!!

Tak Kira siapa, dari parti mana, kami anak muda menolak politik kotor dan pemimpin tidak bermoral!!!




PENULIS yakin video seks membabitkan seorang pemimpin PAS ini, sedang memberi tekanan kepada parti tersebut dan pemimpin-pemimpin mereka. Bagi sebuah parti yang diajar untuk percaya dengan segala macam pembohongan tanpa bukti kukuh selama ini, penulis tidak rasa mereka ada masalah untuk percaya bukti yang semacam ini punya jelas.

Bila pembangkang tuduh Perdana Menteri dan isterinya terlibat dalam pembunuhan seorang model Mongolia, penulis lihat penyokong pembangkang tidak ada masalah pun untuk percaya walaupun tidak ada apa bukti yang ditunjukkan.

Malah bodoh-bodoh penyokong pembangkangi ni lebih percaya gambar super imposed yang dibuat oleh Tian Chua walaupun jelas itu satu pembohongan, boleh pulak? Kenapa video macam ini punya terang tolak begitu saja?

Yelah, mereka boleh keluar kenyataan macam-macam dalam suratkhabar, TV dan sebagainya untuk nafi penglibatan pemimpin tersebut dan tuduh UMNO terbabit, tapi sampai sekarang tidak ada satu saman pun atau tuduhan jenayah dikenakan ke atas UMNO kerana penyebaran semua video tersebut.

Itu membuktikan UMNO tidak terlibat.

Maka itu rakyat Malaysia perlu tolak pemimpin tidak bermoral dari pembangkang seperti ini dan hanya memilih pemimpin dengan moral dan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Pemimpin yang mengenepikan agama dan keluarga untuk kepentingan nafsu sendiri macam ini, patut kita campak ke longkag, bukan hantar ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sebagai wakil rakyat.


Itu macam kita iktiraf bintang filem porno.




Jangan kata pemimpin, parti yang menonjolkan pemimpin tersebut juga perlu ditolak sekali. Apa gunanya mengundi parti yang bersubahat dengan pemimpin jenis macam ini. Orang perempuan terutamanya, pasti tidak setuju kalau suami masing-masing meniru ‘tauladan’ yang dirakamkan dalam kes video seks yang tersebar luas sekarang.

Orang barat yang terkenal dengan liberal dan bebas itupun tidak boleh menerima orang dengan skandal seks macam ini menjadi pemimpin mereka, kenapa kita dengan budaya yang bertentangan, ditambah dengan pegangan agama lagi, boleh menerima perlakuan yang memalukan macam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....