Seorang pelajar Malaysia berusia lingkungan 20-an yang juga anak kepada usahawan dari Selangor ditahan di rumah sewanya di Ngemplak, Sleman, tidak jauh dari universitinya.
Pelajar itu ditahan di Yogjakarta, Indonesia atas kesalahan memiliki ganja, 17 April lalu dalam operasi memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah di kalangan siswa di republik itu.
Sumber memberitahu, pelajar terbabit adalah sebahagian daripada 28 individu yang ditahan Bahagian Narkotik Polis Republik Indonesia (POLRI) dalam operasi berkenaan, bertindak atas maklumat risikan dan aduan awam.
Gambar Hiasan
“Hasil pemeriksaan mendapati pelajar terbabit berdaftar di sebuah universiti di Jogyakarta. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut, malah keluarganya sudah dimaklumkan mengenai penahanan itu.
“Semua individu terbabit, yang kebanyakannya pelajar universiti ditahan dalam serbuan di 12 lokasi berbeza sekitar Sleman dan Bantul, dua bandar yang menempatkan banyak pusat pengajian tinggi di Yogjakarta,” katanya.
Selain ganja, turut dirampas pelbagai jenis dadah termasuk methaphetamine dan hashish, yang mendapat tumpuan di kalangan pelajar universiti di bandar berkenaan.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....